Murray Jumpa Nadal Di Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 7:37 AM

Murray menewaskan Monfils di suku akhir.

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray dari Britain menundukkan Gael Monfils  6-4 6-1 4-6 1-6 6-0 untuk mara ke separuh akhir kejohanan Tenis Terbuka Perancis di Roland Garros, Paris bertemu pencabar utamanya, Rafael Nadal.

Murray pemain pilihan ketujuh memenangi dua set awal dengan mudah sebelum dipaksa bekerja keras oleh Monfils sehingga memaksa permainan dilanjutkan sehingga set kelima.

"Perlawanan pasti sukar ketika bertemu Rafa dan saya perlu kembali cergas sepenuhnya untuk mempamerkan persembahan terbaik.

"Saya amat gembira dapat beraksi menentang kawan baik seperi Gael, seseorang yang saya kenal sejak berusia 10 tahun.

"Cuaca sedikit berangin dan saya bermain dengan agak perlahan. Gael bermain begitu agresif, tidak begitu ramai pemain bergerak dengan tangkas pada kejohanan ini," kata Murray.

Kecederaan di bahagian belakang memaksa Murray untuk melupakan kejohanan Terbuka Perancis pada tahun lalu.

Kali ini, Murray semakin hampir untuk merangkul trofi kejohanan berprestij itu.

Sementara itu, juara bertahan, Rafael Nadal menewaskan rakan senegaranya, David Ferrer 4-6 6-4 6-0 6-1 pada satu lagi perlawanan suku akhir.


, Rafael Nadal.
, Rafael Nadal.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan