Terbuka Perancis: Nadal Mara, Semakin Hampiri Gelaran Juara

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 10:14 AM

Rafael Nadal menang pusingan ketiga Terbuka Perancis.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN nombor satu dunia, Rafael Nadal semakin menghampiri gelaran kesembilan Terbuka Perancis dengan kemenangan  6-2 7-5 6-2 ke atas pemain Argentina, Leonardo Mayer dalam pusingan ketiga.

Nadal, yang belum pernah ditewaskan di Roland Garros selepas sekali tewas pada tahun 2009, melanjutkan rekod kemenangan 62-1 di gelanggang tanah liat Paris ini.

Pemain Sepanyol ini hanya membuat lima kesilapan dalam dua set pertama dan 10 dalam kesilapan secara keseluruhannya walaupun kecundang di set kedua apabila Mayer, pemain No 65 menunjukkan kemahirannya.

Nadal mengakhiri perlawanan ini dengan pukulan servisnya untuk bertemu pemain Serbia Dujan Lajovic, yang menewaskan pemain Amerika, Jack Sock 6-4 7-5 6-3 yang juga tewas satu set.

Nadal, bagaimanapun mendedahkan bahawa dia mengalami sakit belakang tetapi enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai perkara itu.

"Lebih baik saya tidak bercakap mengenai belakang saya. Saya telah memasuki minggu kedua. Saya akan melakukan yang terbaik. Saya akan bermain sebaik mungkin," katanya pada sidang akhbar.

"Saya akan berjuang dan mencuba untuk menang. Belakang saya tidak begitu penting. Ia tidak penting kerana saya tidak suka sangat untuk memberikan anda terlalu banyak maklumat.

"Saya mempunyai cara saya sendiri dan saya gembira telah mencapai tahap ini. Saya memenangi perlawanan tiga set, yang penting."

Bapa saudaranya dan jurulatihnya Toni Nadal berkata: "Ia adalah perlawanan yang hebat menentang pemain gelanggang tanah liat yang baik.

"Pada set kedua, selepas ketinggalan, dia hilang fokus sedikit. Tetapi dia berjaya kembali dan membuat pukulan yang baik."

Sebelum itu, David Ferrer terus melangkah untuk kemungkinan perlawanan suku akhir yang mungkin menyaksikan pertembungan dengan Nadal dengan kemenangan 6-2 7-6 (2) 6-3 menentang pemain Itali Andreas Seppi.


Keputusan pusingan ketiga perseorangan lelaki Terbuka Perancis:


Marcel Granollers (Sepanyol) klhkn Martin Klizan (Slovakia) 6-7 (5) 6-2 7-6 (4) 7-5

David Ferrer (Sepanyol) klhkn Andreas Seppi (Itali) 6-2 7-6 (2) 6-3

Dusan Lajovic (Serbia) klhkn Jack Sock (AS) 6-4 7-5 6-3

Kevin Anderson (Afrika Selatan) klhkn Ivo Karlovic (Croatia) 6-3
Tags / Kata Kunci: terbuka perancis , Rafael Nadal

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan