Terbuka Perancis: Nadal, Ferrer Mara Ke Pusingan 3

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 10:58 PM

Nadal mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Juara bertahan, Rafael Nadal memberi pengajaran kepada pemain Austria, Dominic Thiem pada Khamis dengan kemenangan 6-2, 6-2, 6-3 sekali gus membawa pemain Sepanyol itu ke pusingan ketiga Terbuka Perancis.

Nadal, juara lapan kali, kini bersiap sedia untuk menjadi pemain pertama yang merangkul lima gelaran berturut-turut di Roland Garros.

Dia dijangka berdepan saingan sengit daripada pemain berusia 20 tahun yang berada di kedudukan 57 dunia.

Tetapi Thiem, yang mengadakan latihan keras untuk perlawanan besar itu untuk membina stamina, seolah-olah hilang tenaga di gelanggang Philippe Chatrier walaupun sesekali menunjukkan potensinya.

"Dominic adalah pemain berbahaya dan saya tahu jika saya tidak bermain dengan baik maka saya akan berada dalam masalah," kata Nadal.

"Tetapi dia adalah bintang masa depan, 100 peratus. Tahap permainannya sangat tinggi, pukulan depan dan pukulan kilasnya sangat kuat. Dia mempunyai segala-galanya untuk menjadi juara."

Thiem menewaskan juara Terbuka Australia Stan Wawrinka di Madrid dan memberikan Nadal yang berusia 27 tahun itu berfikir selama lapan minit pada pembukaan permainan sebelum mencatatkan kemenangan.

Sementara itu, David Ferrer juga mara ke pusingan ketiga dengan kemenangan 6-2 6-3 6-2 ke atas Simone Bolelli.

Ferrer, pilihan kelima dan naib juara kejohanan tahun lepas meranapkan impian pemain Itali itu dalam masa 108 minit.

Keputusan penuh perseorangan lelaki (pusingan kedua)

Leonardo Mayer (Argentina) kalahkan Teymuraz Gabashvili (Rusia) 6-2 4-6 6-4 6-4

Guillermo Garcia-Lopez (Sepanyol) kalahkan Adrian Mannarino (Perancis) 6-4 6-3 4-6 6-0

Dusan Lajovic (Serbia) kalahkan Juergen Zopp (Estonia) 6-2 6-4 6-4

1-Rafa Nadal (SEpanyol) kalahkan Dominic Thiem (Austria) 6-2 6-2 6-3

19-Kevin Anderson (Afrika Selatan) kalahkan Axel Michon (Perancis) 6-2 6-3 6-2

Donald Young (AS) kalahkan 26-Feliciano Lopez (SEpanyol) 6-3 7-6(1) 6-3

5-David Ferrer (SEpanyol) kalahkan Simone Bolelli (Itali) 6-2 6-3 6-2

Ivo Karlovic (Croatia) kalahkan Andreas Haider-Maurer (Austria) 7-5 6-3 6-4
Tags / Kata Kunci: tenis , Terbuka Perancis

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan