Terbuka Perancis: Murray Mara Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Rabu, 28 Mei 2014 9:54 AM

Andy Murray

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Britain, Andy Murray mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis selepas mencatat kemenangan ke atas Andrey Golubev 6-1 6-4 3-6 6-3.

Juara bertahan Wimbledon itu menang mudah ke atas pemain Kazakhstan dalam tempoh 34 minit.

Murray, menjadi pemain pilihan ketujuh mempamerkan aksi cemerlang walaupun tewas pada set ketiga.

"Apa yang paling penting sekarang ialah mara ke setiap peringkat.

"Saya yakin telah melakukan yang terbaik sejak beberapa tahun kebelakangan ini," jelas Murray yang kekal mencatat rekod tanpa kalah dalam pusingan pembukaan grand slam sejak tewas kepada Jo-Wilfried Tsonga enam tahun lalu pada Terbuka Australia.

"Saya bukannya sentiasa bermain dengan baik pada aksi pembukaan, tetapi saya bertemu rentak untuk melangkah ke seterusnya dan memberi peluang kepada diri sendiri untuk melakukan yang terbaik pada kejohanan ini."

Murray tidak pernah mencatat sebarang kejuaraan pada aksi gelanggang tanah liat ini dan peluangnya di Roland Garros ini agak tipis berbanding dengan jaguh tenis yang lain.

Namun Murray telah mempamerkan aksi menakjubkan ketika menentang Golubev, lebih-lebih lagi ketika membuat pukulan ke bahagian sudut.

Pemain berusia 27 tahun ini  bakal bertemu bintang Australia Matasevic yang mencatat kemenangan ke-13 di grand slam selepas yang mengetepikan pemain Jerman, Dustin Brown.

"Dia mempunyai karektor yang menarik, sentiasa senyum dan peramah," jelas Murray.

Namun sebaliknya Matasevic berkata, dia bakal beraksi dalam perlawanan yang serius  Khamis ini.

"Saya merasakan seperti ada gorila besar di bahu," jelasnya bergurau.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan