Terbuka Perancis: Li Na Tersingkir, Mengaku Banyak Perkara 'Yang Tidak Kena'

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 10:20 PM

Reaksi Li Na selepas tewas dalam pusingan pertama Terbuka Perancis 2014 kepada Kristina Mladenovic.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Pemain pilihan kedua China, Li Na mengakui dia belum bersedia dari segi mental selepas tewas pada pusingan pertama Terbuka Perancis di tangan pemain nombor 103 dunia, Kristina Mladenovic dari Perancis.

Mengekori pilihan ketiga kategori lelaki yang tersingkir pada Isnin, Stan Wawrinka, juara terbuka Australia ini menjadi mangsa awal dalam kategori wanita apabila ditewaskan Mladenovic, pemain berusia 21 tahun 7-5, 3-6, 6-1 di gelanggang Suzanne Lenglen.

"Tiada siapa yang mengatakan jika anda nombor dua di dunia, anda perlu untuk memenangi semua perlawanan. Maksud saya, ini adalah tenis," kata Li, juara Roland Garros 2011.

"Saya rasa tidak kira siapa yang bermain dengan saya hari ini untuk menentang saya, saya tetap akan kalah kerana saya tidak fikir saya meletakkan tekanan ke atasnya," katanya mengenai Mladenovic, yang hanya muncul sebanyak enam penampilan di Paris.

Li datang ke kejohanan itu dalam keadaan yang baik setelah mencapai peringkat suku akhir di Rome dan Madrid serta peringkat akhir Miami Masters di mana beliau tewas kepada Serena Williams.

Walau bagaimanapun, keputusan yang dicatatkan beliau di Paris sejak menjadi pemain Asia pertama yang memenangi Grand Slam tiga tahun lalu telah mengecewakan.

Beliau tersingkir pada pusingan kedua tahun lepas dan tidak pernah melepasi pusingan keempat dalam mana-mana tujuh penampilannya yang lain di ibu negara Perancis.

"Saya fikir hari ini saya mensia-siakan perlawanan," katanya yang berusia 32 tahun, kecewa.

"Saya rasa hari ini bukan mengenai tenis semata-mata, banyak perkara yang serba tidak kena."

Pada hari Selasa, beliau mempersembahkan 37 kesilapan yang tidak sepatutnya.

"Saya tidak fikir saya lakukan dengan baik. Jika saya melakukannya dengan baik, saya percaya saya masih boleh memenangi perlawanan walaupun hari ini bukan hari terbaik saya.

Mladenovic seterusnya akan berdepan pemain AS Alison Riske.

"Ia hanya luar biasa , saya tidak mempunyai kata-kata untuk menggambarkan apa yang berlaku," kata Mladenovic dengan linangan air mata.

"Untuk menewaskan pemain nombor dua dunia itu pada pusingan pertama di Roland Garros adalah luar biasa. Tanpa anda, saya tidak boleh melakukannya," katanya.
Tags / Kata Kunci: Li Na , Terbuka Perancis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan