Terbuka Perancis: Nadal Mudah Tundukkan Ginepri

Diterbitkan: Selasa, 27 Mei 2014 4:58 PM

Nadal selepas menang pusingan pertama Terbuka Perancis.

(Ubah saiz teks)

JUARA bertahan, Rafael Nadal mencatat kemenangannya yang ke-60 dalam pusingan pertama Terbuka Perancis pada Isnin.

Pemain nombor satu dunia itu menang mudah dengan mata 6-0,6-3, 6-0 selepas berdepan pemain dari Amerika Syarikat (AS) Robby Ginepri yang berada di ranking 279 dunia dan pernah menjadi 30 pemain teratas yang tidak memenangi sebarang perlawanan dalam kejohanan sepanjang tahun.

Nadal memulakan kempen untuk meraih gelaran kesembilan Terbuka Perancis di gelanggang Suzanne Lenglen manakala Novak Djokovic dan juara Terbuka Australia Stan Wawrinka diletakkan di gelanggang utama, arena Philippe Chatrier.

Pemain dari Sepanyol ini akan berdepan sama ada pemain Prancis Paul-Henru Mathieu atau Dominic Thiem dari Austria.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan