China Juara Piala Uber

Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 11:08 PM

Pasukan badminton wanita China meraikan kemenangan mereka merangkul Piala Uber selepas menewaskan Jepun dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Siri Fort, New Delhi. - Foto AFP.

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: China hanya mengambil masa 164 minit untuk merangkul Piala Uber 2014 buat kali ke-13 apabila mengalahkan bekas juara Jepun 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di sini, hari ini.

Jepun, juara lima kali dan terakhir pada 1981, gagal merobohkan Tembok Besar China apabila perseorangan nombor satu dunia, Xi Xuerui membuka kempen dengan mengalahkan mudah Minatsu Mitani 21-15 dan 21-5 dalam masa 36 minit.

Bagaimanapun, mata pembukaan itu tidak mematahkan semangat pemain Jepun yang berjaya menyamakan kedudukan menerusi beregu utama Misaki Matsutomo/Ayaya Takahashi.

Gandingan Jepun itu tidak menghadapi masalah dan hanya memerlukan masa 46 minit untuk mengetepikan Bao Yixin/Tang Jinhua dalam straight set 21-18 dan 21-9.

Keceriaan Jepun mula menurun apabila pemain perseorangan kedua Wang Shixian memberi mata pendahulu kepada China dengan menyingkirkan Sayaka Takahashi 21-16 dan 21-12 dalam masa 45 minit.

Beregu kedua Zhao Yunlei/Wang Xiaoli mengesahkan dominasi China sejak tahun 1980-an dalam kejohanan berprestij itu apabila menewaskan Miyuki Maeda/Reika Kakiiwa 21-13 dan 21-6 dalam masa 37 minit.

Tags / Kata Kunci: Piala Uber , China

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan