Terbuka Itali: Nadal Tewaskan Murray Untuk Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Sabtu, 17 Mei 2014 11:23 PM

Andy Murray

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray berjuang habis-habisan untuk menewaskan Rafael Nadal pada suku akhir Terbuka Itali yang berlangsung di Rom pada Sabtu tetapi masih gagal untuk mengatasi raja tanah liat itu.

Nadal yang kini kembali sebagai pemain nombor satu dunia menang 1-6 6-3 7-5 dalam tempoh dua jam 40 minit untuk menempah pertemuan dengan pilihan ke-12, iaitu teman lelaki Maria Sharapova, Grigor Dimitrov.

Jika Nadal berjaya menjuarai kejohanan ini, dia akan memecah rekod sebagai satu-satunya pemain berjaya memenangi kejohanan ini sebanyak lapan kali.

Murray mula dengan penuh bergaya menang 6-1 tetapi menyerah kalah pada set kedua 3-6.

Pada set penentu, dia kelihatan seperti akan menang apabila mendahului 4-2 namun gagal mengekalkan rentak sehingga membolehkan Nadal mengejar mata sehingga menang 7-5.

Ini adalah kemenangan Nadal yang ke-14 dalam 19 pertemuan dengan juara Wimbledon itu.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Rafael Nadal , Terbuka Itali

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan