Nicol Mara Suku Akhir Terbuka Britain

Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol David maju setapak lagi untuk memburu kejuaraan Terbuka Britain buat kali kelima apabila melangkah ke suku akhir di Arena Sports, Universiti Hull, England.

Pada pusingan kedua awal hari ini, Nicol mengambil masa 40 minit untuk mengalahkan pemain tuan rumah dan pilihan ke-16, Sarah-Jane Perry, 11-6, 13-11 dan 11-4.

Pada peringkat suku akhir esok, Nicol, selaku pemain nombor satu dunia, akan bertemu dengan Omneya Abdel Kawy.

Pemain Mesir itu mencipta kejutan besar pada pusingan kedua apabila menyingkirkan pemain pilihan keenam, Camille Serme dari Perancis, dengan keputusan 8-11, 9-11, 11-6, 11-9 dan 13-11.

"Gembira untuk menang 3-0 selepas saingan sengit dengan Sarah-Jane," kata Nicol, 30, dalam mesej twitternya.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu memenangi kejuaraan Terbuka Britain pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain negara, Low Wee Wern akan menentang pemain England, Sarah Kippax pada saingan suku akhir, lewat Jumaat.

Sarah terpaksa berhempas pulas selama 84 minit untuk menempah slot suku akhir apabila mengalahkan pemain Guyana, Nicolette Fernandes dengan keputusan 15-17, 11-7, 13-15, 11-3 dan 12-10.

Tags / Kata Kunci: Britain

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan