Piala Thomas: Jangan Ada Perasaan Takut - Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 13 Mei 2014 12:19 PM

Chong Wei tidak mahu rakan sepasukan takut ketika berdepan dengan lawan pada Piala Thomas nanti.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Separuh saingan sudah hilang jika atlet itu gerun kepada lawannya.

Jaguh badminton perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak mahu rakan sepasukannya membawa mentaliti ini ke gelanggang apabila bermulanya Piala Thomas Akhir hujung minggu ini di New Delhi.

Sebagai pemain nombor satu dunia, sudah pasti harapan utama disandarkan kepada chong Wei untuk mengutip mata pertama malah beliau juga merupakan faktor penting bagi memastikan cabaran Malaysia tidak tersekat pada aksi suku akhir sekali lagi.

Malaysia tewas kepada China 3-0 pada peringkat suku akhir di Wuhan dua tahun lalu.

Pada aksi kali ini Malaysia diundi bersama finalis 2012, Korea Selatan, Jerman dan tuan rumah India dalam Kumpulan C.

Pasukan kedua teratas akan mara ke pusingan kalah mati, namun Malaysia perlu berada di kedudukan teratas bagi mengelak berjumpa dengan pasukan pilihan dalam aksi suku akhir nanti.

Lapan pasukan teratas akan diundi sebelum suku akhir bermula.

Semuanya terpulang kepada kapten negara, Liew Daren, Chong Wei Feng atau Goh Soon Huat untuk membantu Chong Wei bagi acara perseorangan.

Manakala acara beregu pula diharapkan kepada Tan Boon Heong, Chan Peng Soon, Goh V Shem, Hoon Thien How, Lim Khim Wah dan Tan Wee Kiong.

"Kami telah menjalani latihan beberapa kali dan saya tidak mahu mereka ada perasaan takut kepada lawan.

"Mereka tidak ada apa-apa yang perlu digeruni. Amat malu sekiranya mereka tewas kerana terlalu menghormati pihak lawan dan tidak mampu menunjukkan permainan sebenar.

"Kami mempunyai pakar psikologi setiap kali selepas permainan dan juga telah melihat video lawan yang dijangka bertemu nanti.

"Persiapan berjalan dengan baik setakat ini," jelas Chong Wei yang mula beraksi kali pertama pada Piala Thomas di Jakarta, 2004.

Dalam pada itu, Chong Wei mengakui satu permulaan yang baik jika memenangi perlawanan pertama.

"Ia akan membantu pasukan. Boleh mengurangkan tekanan kepada mereka jika saya berjaya mendapatkan mata pertama dan kepada yang bermain pada aksi kedua," katanya.

Sementara itu, juara 13 kali, Indonesia berada dalam Kumpulan A Thailand, Nigeria dan Singapura manakala Kump C Denmark, Jepun, Hong Kong dan England.

Juara bertahan China berada dalam Kump D bersama Taiwan, Russia dan Perancis. 

Tags / Kata Kunci: Piala Thomas , Lee Chong Wei

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan