Nadal Menang Nasib Terbuka Madrid

Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 2:28 PM

Nadal mengigit trofi kemenangannya di Siri Super Terbuka Madrid pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal memenangi kejuaraan atas tanah liatnya yang pertama di Eropah musim ini selepas pencabarnya Kei Nishikori menarik diri di final Terbuka Madrid, Ahad.

Nadal sedang mendahului 2-6, 6-4, 3-0 apabila Nishikori memohon kebenaran untuk mendapatkan rawatan belakang badannya.

Pemain Jepun itu yang akan tersenarai dalam 10 pemain terbaik dunia apabila kedudukan ranking baru diumumkan lewat Isnin, telah bergelut dengan sakit belakang selepas perlawanan maraton menentang David Ferrer pada Sabtu.

Selepas mendapatkan rawatan daripada jurulatih phisionya, Nishikori membuat keputusan untuk menarik diri.

Ini adalah final Siri Masternya yang pertama sejak bergelar profesional.

Sebelum itu, permainan agresif dan pukulan balas Nishikori telah membolehkannya menguasai set pertama dan menang mudah 6-2.

Dalam set kedua, Nishikori terus mengejar Nadal dan hanya tewas 4-6.

Apabila set ketiga berlangsung, amat jelas Nishikori bergelut dengan kesakitan belakangnya membolehkan Nadal mendahului set 3-0 sebelum pemain Jepun itu menarik diri.

Tags / Kata Kunci: Rafael Nadal , Terbuka Madrid , Kei Nishikori

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan