Chong Wei, Nicol Tersenarai Lagi Calon Olahragawan, Olahragawati Negara

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mei 2014 6:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua tokoh sukan tersohor negara berpangkat Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David sekali lagi menghiasi senarai calon untuk Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara 2013.

Biarpun memenangi anugerah tersebut beberapa kali sebelum ini, namun pemain nombor satu dunia dalam sukan badminton dan skuasy itu masih memahat nama di persada sukan antarabangsa sepanjang tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jamil Salleh berkata, 10 atlet dicalonkan untuk merebut gelaran Olahragawan, manakala lapan untuk anugerah Olahragawati Negara.

"Pemilihan calon Olahragawan dan Olahragawati adalah mencabar memandangkan setiap calon telah membuktikan kejayaan masing-masing sepanjang tahun lepas," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2012 di sini, Jumaat.

Antara calon yang bakal mencabar Chong Wei ialah atlet bina badan negara Sazali Samad, Lim Chee Wei (karate), Benjamin Khor (menembak) dan atlet olahraga Mohd Jironi Riduan.

Nicol, yang memenangi anugerah itu sebanyak lapan kali dalam tempoh 11 tahun, akan dicabar oleh penyandang Pandelela Rinong (terjun), Diana Bong (wushu), Kelly Tan (golf) dan atlet olahraga Casier Renee Kelly Lee.

Selain anugerah Olahragawan dan Olahragawati Negara, sembilan lagi anugerah dipertandingkan termasuk pasukan kebangsaan lelaki dan wanita, olahragawan dan olahragawati paralimpik, jurulatih lelaki dan wanita kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

Jawatankuasa itu dianggotai 20 individu terdiri daripada wakil Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM) serta wakil media.

Mengulas mengenai penyertaan persatuan-persatuan sukan kebangsaan dalam anugerah berkenaan, Jamil berkata hanya 19 daripada 47 buah persatuan dan Majlis Paralimpik Malaysia mengemukakan pencalonan atlet masing-masing.

Beliau berkata, Anugerah TM Team yang dipilih oleh peminat sukan tanah air melalui undian laman sosial, bakal memberikan kelainan kepada anugerah sukan terbesar di negara ini.

Antara kriteria penyertaan anugerah TM Team ialah kesemua atlet adalah calon melainkan mereka (atlet) yang telah tercalon dalam 11 kategori yang dipertandingkan pada anugerah sukan tahunan berkenaan.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan