Mohd Assri Sandaran Raih Gangsa Sukan Asia

Diterbitkan: Rabu, 7 Mei 2014 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) menyandarkan harapan kepada pemain profesional lelaki negara, Mohd Assri Merzuki untuk membawa pulang satu pingat gangsa pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan, September ini.

Setiausaha Eksekutif LTAM, Ibrahim Abu Bakar berkata badan induk tenis negara itu menyandarkan harapan kepada pemain berusia 19 tahun itu berdasarkan pengalaman luas beraksi di kejohanan tenis antarabangsa selain pernah memenangi beberapa kejuaraan dalam beberapa pertandingan tempatan dan antarabangsa.

"Kita berharap Mohd Assri dapat menggunakan pengalaman bersaing di sirkit antarabangsa seperti Jelajah Dunia ATP untuk sekurang-kurangnya meraih satu pingat gangsa pada penampilan sulung di Sukan Asia nanti," katanya.

Ibrahim berkata, Mohd Assri juga akan bergandingan bersama Syed Agil Syed Naguib dalam acara beregu lelaki namun tiada sasaran diletakkan dalam acara itu.

Katanya, slot ketiga ke temasya berkenaan akan diisi oleh pemenang perlawanan penentuan antara Ahmad Deedat Abd Razak dan Ariez Elyaas yang akan diadakan selepas berakhirnya temasya Sukan Malaysia (Sukma), Jun nanti.

"Jawatankuasa Pemilihan LTAM akan memutuskan pemain keempat ke Sukan Asia selepas Sukma di Perlis, kerana penganjur temasya berkenaan membenarkan setiap negara bertanding menghantar maksimum empat pemain," katanya.

Ibrahim berkata skuad kebangsaan akan meneruskan latihan di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Deen Heshaam Abdullah Tan, selepas membantu negeri masing-masing pada Sukma nanti.

Untuk rekod, Malaysia pernah memenangi dua pingat gangsa menerusi gandingan Gladys Loke Chua dan Katherine Leong dalam acara beregu wanita pada 1958 di Tokyo, Jepun selain berpasukan lelaki pada 1994 di Hiroshima, Jepun.


Tags / Kata Kunci: Sukan Asia , Malaysia

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan