Liga Badminton Lubuk Lahir Bakat Baharu

Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 4:38 PM

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (dua, kanan) menurunkan tandatangan ke atas plak sebagai gimik Pelancaran 'Malaysia Purple League' dan Pembukaan Rasmi Arena Sukan Datuk Lee Chong Wei di Lee Chong Wei Sport Arena, Kuala Lumpur pada Selasa. Turut kelihatan (dari kanan) Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Mohamad Norza Zakaria, Jaguh Badminton Negara, Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Purple League Datuk Jack Koh

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penubuhan Liga Badminton Profesional pertama negara, 'Malaysia Purple League' (MPL), dibuat selaras dengan usaha mengekalkan Malaysia sebagai kuasa besar badminton dunia.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata penganjuran kejohanan badminton secara liga itu juga dapat membantu dalam pencarian bakat baharu bagi mengganti pemain handal negara seperti Datuk Lee Chong Wei.

Malaysia merupakan antara tiga negara terbaik dalam acara badminton selain China dan Korea Selatan.

"Melalui program ini, ia memberi cabaran buat pemain muda untuk beraksi bersama bekas pemain atau pemain profesional. Kita juga perlu pastikan kelab-kelab dan sekolah terus mencari bakat baharu untuk diketengahkan.

"Jika bakat baharu dicungkil misalnya sejak usia 10 tahun dan dilatih dengan betul, selepas 10 tahun negara akan menerima seorang lagi Chong Wei," katanya ketika berucap merasmikan penubuhan liga badminton itu di Sentosa Sports Arena di sini, Selasa.

Buat permulaan, MPL akan disertai 12 kelab dan bilangannya dijangka bertambah.

Musim MPL dijadual berlangsung dari Septemper ini hingga Februari tahun depan dengan turut melibatkan penyertaan pemain luar negara.

Dengan tawaran hadiah wang tunai RM2 juta, MPL ialah liga yang membuka peluang kepada pemain badminton profesional dan amatur mendapatkan pengalaman bersaing antara satu sama lain.

Usaha penganjuran MPL dilihat sebagai platform yang sesuai untuk mewujudkan platform bagi bekas pemain badminton negara untuk meneruskan penglibatan dalam sukan itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata MPL merupakan langkah positif bagi meluaskan skop pencarian bakat baharu badminton.

"Ini merupakan permulaan dan saya kira, kita juga harus melihat dari segi kapasiti mereka...sejauh mana mereka (MPL) mampu lakukan. Kalau boleh, kita mahu MPL membantu kita dalam mengembangkan pembangunan pemain dari peringkat akar umbi," katanya.


Tags / Kata Kunci: MPL , BAM

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan