Kehadiran Lin Dan Beri Saya Semangat - Chong Wei

Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 1:13 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemunculan semula pemain badminton China, Lin Dan menjadi pencetus semangat kepada Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei berkata, kemunculan semula Lin Dan selepas hampir lapan bulan adalah baik untuk sukan ini dan ia akan mendorong beliau untuk meningkatkan mutu permainannya.

"Saya mengalu-alukan kedatangannya. Kehadiran beliau akan memastikan saya makin bersemangat. Ia akan mendorong saya untuk berlatih dengan lebih keras. Dia adalah lawan yang kuat dan saya mahu kekal sebagai pencabar utamanya," kata Chong Wei.

Lin Dan, juara dua kali Sukan Olimpik membuat kemunculan semula yang berjaya minggu lalu apabila beliau menang kejohanan China Masters Grand Prix.

Kemenangan ini melayakannya melompat 19 anak tangga dari kedudukan ke 104 kepada 83 dalam ranking dunia.

Malah beliau kini sedang bersedia untuk memperoleh kemenangan seterusnnya di Kejohanan Asia Badminton (ABC) di Gimcheon, Korea Selatan.

Chong Wei berkata, kepulangan Lin Dan dan keputusan sendiri untuk kekal sehingga Sukan Olimpik 2016 akan menjadi baik untuk peminat badminton.

"Saya perlu kekal bermotivasi sehingga SUkan Olimpik Lonodn 2016," katanya.

Tags / Kata Kunci: Lee Chong Wei , Lin Dan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan