Chong Wei Tidak Gantung Raket Sehingga Sukan Olimpik 2016 - Khairy

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 4:03 PM

Datuk Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) menyediakan seorang pakar fisioterapi sepenuh masa bagi membantu Datuk Lee Chong Wei terus
beraksi sehingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jaguh badminton negara berusia 31 tahun itu bersetuju untuk terus beraksi sehingga Sukan Olimpik 2016 selepas mereka mengadakan perbincangan dari hati ke hati baru-baru ini.

"Saya bagai tahu dia, saya tidak mahu dengar yang dia akan bersara tahun ini dan beliau telah bersetuju untuk terus beraksi sampai Sukan Olimpik.

"Pemain nombor satu dunia seperti Chong Wei dan ratu skuasy Datuk Nicol David harus diberikan perhatian lebih. Kita kena jaga mereka sebab mereka bakal menyumbangkan pingat kepada negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Forum Women@Work. Forum berkenaan diadakan sempena Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2014 di Kelab Golf Diraja Selangor (RSGC), di sini, Khamis.

Mengulas kekalahan Chong Wei kepada pemain bukan pilihan Simon Santoso dari Indonesia pada final Siri Super Terbuka Singapura 2014, Ahad lepas, Khairy berkata menang atau kalah itu adalah perkara biasa.

"Kita kena akui bahawa Chong Wei masih lagi merupakan harapan terbaik negara untuk raih pingat emas di Sukan Olimpik nanti," katanya. Pada Terbuka Singapura, Simon menafikan Chong Wei gelaran keempat tahun ini dengan keputusan 21-15 dan 21-10 dalam masa 48 minit.

Sebelum ini, Chong Wei membuka musim baharu dengan merangkul gelaran Terbuka Malaysia pada Januari diikuti All England (Mac) dan Terbuka India, awal bulan ini.

Tags / Kata Kunci: Chong Wei , Khairy Jamaluddin , badminton

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan