China Turut Kuasai Pentas Badminton Remaja Dunia

Diterbitkan: Khamis, 17 April 2014 10:12 AM

Guipu menewaskan pemain remaja dunia dari Indonesia, Jonatan Christie.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR:China membuktikan penguasaan dalam sukanbadminton bukan hanya di peringkat skuad senior sahaja malah telah melebarkankuasa mereka di peringkat remaja.

Ini dibuktikan apabila sembilan daripada 11 wakil negara itu mara keperingkat separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia BWF 2014 di Stadium SultanAbdul Halim.

Tiga pemain perseorangan lelaki, dua perseorangan wanita, tiga beregu wanita dan satu beregu campuran China mara ke separuh akhir manakala satu lagi beregu campuran dan satu-satunya beregu lelaki terkandas di peringkat suku akhir.

Lebih membanggakan kem negara Tembok Besar itu, pemain perseorangan lelaki yang tidak tersenarai sebagai pemain pilihan kejohanan, Lin Guipu mengejutkan pemain remaja nombor satu dunia, Jonatan Christie dari Indonesia 21-17, 21-18 dalam masa 45 minit.

"Saya bermain tanpa sebarang tekanan dan tidak banyak memikirkan untuk menewaskan Jonatan. Saya tidak berputus asa dan memberi yang terbaik," kata Guipu.

Guipu bakal berdepan dengan rakan senagara Zhao Junpeng yang menewaskanwakil Malaysia, Cheam June Wei 18-21, 21-12, 21-17 dalam pertarungan suku akhir.

"Saya tidak memikirkan sejauh itu...hanya memikirkan perlawanan seterusnya.Menentang rakan sepasukan tidak pernah mudah dan saya sedia turun untuk berjuang," kata Guipu.

Turut mara ke perlawanan separuh akhir ialah Shi Yuqi yang akan berdepan lawannya dari Indonesia Anthony Ginting yang menundukkan Kanta Tsuneyama dari Jepun 21-13, 21-5.

Bagaimanapun, kem China dikejutkan apabila pasangan beregu lelaki utama Huang Kaixiang/Zheng Si Wei tewas kepada Kim Jae Hwan/Kim Jung Ho dari Korea 21-15, 17-21, 18-21.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita China Qin Jingjing dan HeBing Jiao akan berdepan dua wakil dari Jepun iaitu pemain nombor satu remaja dunia Akane Yamaguchi dan pemain nombor empat dunia, Aya Ohori.

Pasangan beregu wanita remaja China iaitu Chen Qingchen/Jia Yi Fan akan berdepan rakan sepasukan Du Yue/Li Yin Hui manakala satu lagi pasangan beregu wanita Jiang Binbin/Tang Pingyang akan berdepan lawan dari Indonesia Apriani Rahayu/Rosyita Eka Putri Sari.

Wakil tunggal beregu campuran Huang Kaixiang/Chen Qingchen pula akanberdepan Yuta Watanabe/Arisa Higashino dari Jepun.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan