Tiada Wakil Malaysia Ke Separuh Akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF

Diterbitkan: Rabu, 16 April 2014 10:19 PM

Cheam June Wei

Dalam acara perseorangan lelaki, Cheam June Wei (gambar) dan R.Satheishtharan gagal menyekat kemaraan pemain China manakala wakil tunggal dalam acara beregu campuran Tan Jinn Hwa/Goh Yea Ching tewas kepada lawan dari Jepun.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2014 dengan tangan kosong apabila ketiga-tiga wakil negara gagal melepasi peringkat suku akhir di sini, Rabu.

Dalam acara perseorangan lelaki, Cheam June Wei dan R.Satheishtharan gagal menyekat kemaraan pemain China manakala wakil tunggal dalam acara beregu campuran Tan Jinn Hwa/Goh Yea Ching tewas kepada lawan dari Jepun. 

June Wei memulakan buruan tiket ke separuh akhir dengan baik apabila memenangi set pertama 21-18 kepada Zhao Jun Peng sebelum kalah mudah 12-21 pada set kedua.

Pada set penentuan, June Wei yang mendahului mata 16-15, bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang yang ada sebaliknya memberi mata percuma kepada lawannya selepas dua kali gagal menyempurnakan servis, sekali gus tewas 17-21.

"Pada set kedua, saya rasa agak letih dan memperlahankan rentak permainan untuk simpan tenaga bermain di rubber set. Set ketiga, saya telah mendahului pada mata 16, tapi saya buat silap dan lawan saya kembali yakin.

"Saya kecewa sebab tidak dapat mara ke separuh akhir dan lawan saya kali ini agak kuat," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu.

Satheishtharan pula memberi kemenangan mudah kepada pemain pilihan kedua Shi Yuqi apabila tewas  dalam 'straight set' 12-21, 7-21.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara Jinn Wah/Yea Ching terpaksa berhempas pulas sebelum akur kepada kehandalan pasangan Jepun, Yuta Watanabe/Arisa Higashino dalam perlawanan yang berlanjutan ke set penentuan.

Pada set pertama, pasangan negara tewas 7-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan pada set kedua di kedudukan mata terikat 17-17, sebelum menang 30-28 di set kedua.

Bagaimanapun, pada set penentuan, beregu campuran negara tunduk 21-14. 

"Pada perlawanan hari ini, kawan saya (Tan Jinn Hwa) mengalami masalah apabila keadaan kakinya kurang baik. Saya berpuas hati dan berasakan boleh bermain dengan lebih baik lagi tapi sampai di sini sahaja perjuangan kami.

"Pada set pertama, kami juga macam hilang rentak dan terlalu ikut rentak lawan," katanya.

Pasangannya Jinn Hwa berkata pada set kedua, mereka cuba bermain agresif dan mendahului namun beliau mengakui kekuatan dari segi mental agak kurang.

"Saya sudah mula fikir mahu menyerah kalah sahaja tapi rakan saya banyak beri dorongan. Saya agak kecewa sebab tidak bersedia dari segi mental bila berdepan lawan yang lebih kuat," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan