Lin Dan Sedia Kembali Beraksi Selepas Lama Menyepi

Diterbitkan: Isnin, 14 April 2014 10:37 AM

Lin Dan mula kembali beraksi dengan menyertai China Masters dan kejuaraan Asia bulan ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juara dunia lima kali, Lin Dan bakal beraksi pada Kejuaraan Badminton Asia (ABC) di Korea Selatan bermula 22-27 April ini.

Namun harapan peminat untuk melihat Lin Dan atau lebih dikenali 'Super Dan' bertemu dengan pemain no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tidak kesampaian.

Malaysia menarik nama Chong Wei daripada kejohanan tersebut sekaligus perlu membayar denda sebanyak US$2,000 (RM6,500) kepada penganjur Konfederasi Badminton Asia (BAC).

Kejohanan ini merupakan aksi kedua Lin Dan tahun ini selepas menyertai Grand Prix China Masters Jiangsu di China pada Rabu.

Kali terakhir Lin Dan membuat penampilan di arena dunia sejak menewaskan Chong Wei pada aksi final Kejuaraan Dunia di Guangzhou pada Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, format dan peraturan ABC telah diubah.

Sebelum ini, setiap negara boleh menamakan pemain-pemain pilihan sendiri. Namun tahun ini pemain yang menyertai kejohanan ini layak berdasarkan ranking Asia dan mana-mana pemain yang diundi tanpa kelayakan akan didenda.

Setiap negara boleh menghantar maksimum empat orang pemain dalam setiap kategori dan tiga pasangan dalam setiap kategori beregu lelaki dan wanita.

Undian terhad kepada 32 pemain setiap kejohanan.Pemain yang dibatalkan penyertaan akan digantikan dengan pemain yang layak untuk kejuaraan ini.

BAC membuat peraturan baharu ini bagi memastikan kualiti pemain yang hanya betul-betul layak beraksi di sini.

Setakat ini, BAC mengesahkan China menghantar Lin Dan yang kini berada di ranking 107 dunia dan dua pemain remaja, Xue Song dan Guo Kai.

Bagaiamanapun China dijangka akan menilai kembali untuk memasukkan nama pemain utama mereka, Chen Long, Du Pengyu dan Wang Zhengming.

Selain itu, ketiadaan Chong Wei akan digantikan dengan Chong Wei Feng, Liew Daren dan Goh Soon Huat.

Malaysia juga bakal dikenakan denda dengan penarikan pasangan beregu utama, Hoon Thien How - Tan Wee Kiong dan Lim Khim Wah-Gih V Shem. Mereka bakal digantikan dengan pemain pelapis, Chooi Kha Ming-Tei Ee Yi dan Nelson Heng Keat dan Low Juan Shen.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan