Chong Wei Kecundang Di Tangan Simon Santoso

Diterbitkan: Ahad, 13 April 2014 6:28 PM

Lee Chong Wei tewas pada aksi final Siri Super Terbuka Singapura.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei gagal mengulangi kejayaan seperti yang dilakar pada Siri Super Terbuka India 2014 minggu lalu selepas tewas kepada Simon Santoso dari Indonesia pada aksi final Kejohanan Siri Super Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, petang Ahad.

Chong Wei tewas mengejut 15-21, 10-21 kepada pemain pusingan kelayakan itu. 

Simon Santoso hanya mengambil masa selama 47 minit untuk menundukkan pemain pilihan pertama pada kejohanan tersebut.

Kekalahan itu meranapkan impian Chong Wei untuk merangkul gelaran keempat pada tahun ini.

Pada Sabtu, Chong Wei menempah tiket ke aksi final selepas menewaskan pemain muda India, K.Srikanth 21-19, 21-18 pada pusingan separuh akhir.

Untuk rekod, Chong Wei telah merangkul tiga gelaran tahun ini iaitu Terbuka Malaysia pada Januari, All England (Mac) dan Terbuka India, awal bulan ini.

Sementara itu, Simon mara ke final selepas melakar kejutan ke atas pilihan kelima dari China, Du Pengyu dengan keputusan 16-21, 21-17 dan 21-17. 

Simon membawa pulang wang tunai US$22,500 (RM72,792) manakala Chong Wei meraih US$11,400 (RM36,881) selaku naib juara.






iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan