Agil, Jawairiah Muncul Juara Sirkit Kebangsaan BMW Malaysia Pusingan 2

Diterbitkan: Rabu, 9 April 2014 8:26 PM

Syed Mohd Agil.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syed Mohd Agil dan Jawairiah Nordin merangkul gelaran juara dalam kategori perseorangan pada pusingan kedua Sirkit Tenis Kebangsaan BMW Malaysia, Rabu.

Syed Mohd Agil,20, menewaskan rakan senegara, Ahmed Deedat 7-5 7-5 di pentas akhir selepas mengetepikan pemain Uzbekistan Uzakov Vaja pada saingan separuh akhir.

"Sudah dua tahun saya beraksi dalam sirkit ini dan amat gembira dengan pencapaian setakat ini," jelas pemain muda negara ini.

Sementara itu, Jawairiah menumpaskan Alyssa Boey 6-1 6-2 pada aksi ini.

"Saya gembira dengan kejayaan hari ini walaupun pihak lawan memberi saingan sengit," jelasnya selepas perlawanan.

Selain itu, pemain veteran negara, Si yew Ming menjuarai kategori beregu lelaki bersama Koay Hao, manakala pasangan Oxi Gravitasi Putri dan Sagung Putri menjuarai bagi kategori beregu wanita.

Selain meraih hadiah kemenangan bernilai RM30,000, mereka juga diberi mata, dan berpeluang untuk dipilih mewakili negara.

Mereka juga layak menyertai Kejohanan Sirkit BMW Malaysia Masters hujung tahun ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan