Piala David: Murray Kecewa Dengan Diri Sendiri - Raket | mStar

Piala David: Murray Kecewa Dengan Diri Sendiri

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 1:47 PM

Murray tewas kepada Fognini pada aksi suku akhir Piala Davis.

(Ubah saiz teks)

ANDY Murray dan James Ward tewas straight set kepada Itali sekaligus terkeluar daripada saingan separuh akhir Piala Davis buat kali pertama dalam tempoh 33 tahun.

Itali mencatat 2-1 kemenangan dalam acara suku akhir perseorangan akhir di Naples tetapi juara Wimbledon Murray tewas kepada pemain di ranking ke-13 dunia, Fabio Fognini 6-3,6-3,6-4.

Dan kekecewaan berterusan apabila Ward tewas kepada Andrea Seppi 6-4,6-3,6-4 yang berada di ranking ke- 127 dunia.

Ini bermakna, Itali akan bertemu dengan Switzerland atau Kazakhstan pada aksi separuh akhir, manakala Great Britain kembali ke Pusingan Pertama Kumpulan Dunia 2015.

"Dia mempamerkan corak permainan tenis yang hebat dalam masa penting dan itulah yang menyebabkan perbezaan pada akhir permainan.

"Apabila mempunyai peluang, saya seperti kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat menewaskan mereka. Apabila dia dapat (peluang), dia menggunanya dengan betul," jelas Murray yang kali terakhir menang ke atas Fognini di gelanggang tanah liat lima tahun lalu.

Dalam masa sama, Murray turut meluahkan rasa kecewanya kepada kapten Itali, Corrado Barazzutti yang bercakap ketika dia sedang melakukan servisnya.

Namun Murray tidak mahu menjadikan alasan tersebut kepada kekalahannya.

Tags / Kata Kunci: Andy Murray , Piala Davis , Fabio Fognini
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan