Badminton Remaja Dunia: Indonesia Kerja Keras Sebelum Menang Ke Atas Jerman

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 4:27 PM

Jonatan Christie

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Indonesia menerima tentangan sengitsebelum dapat menundukkan Jerman 5-0 dalam perlawanan ketiga kumpulan X 1 Kejohanan Badminton Berpasukan Remaja Dunia 2014 di Stadium Sultan Abdul Halimpada Selasa.

Beregu campuran Reinard Dhanriano/Rosyita Eka Putri Sari mengutip mata pertama pasukan Indonesia selepas menewaskan Max Weisskirchen/Eva Gerjanssens 25-23, 21-14.Pemain nombor satu remaja dunia, Jonatan Christie pula terpaksa bekerja keras untuk menundukkan David Peng yang beranking jauh di belakangnya dengan  21-16, 21-16.

Dalam pada itu jurulatih perseorangan lelaki Indonesia, Imam Tohari berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak buahnya.

"Walaupun Jonatan berada di ranking pertama dunia untuk remaja, tapi beliau belum pernah muncul juara. Seperti penyertaan yang lepas, kita mengharapkanpasukan Indonesia mampu mara ke final," katanya.

Katanya laluan Indonesia ke final lebih terbuka sekiranya berdepan Korea Selatan di peringkat separuh akhir.

"Sekiranya bertemu China, ia agak sulit kerana China menguasai kesemua lima kategori yang dipertandingkan," katanya.

Sementara itu, perseorangan wanita Ruseli Hartawan mengejutkan pemain nombor sembilan dunia Luise Heim dengan kemenangan 21-17, 21-18.

Keputusan penuh perlawanan melibatkan pasukan Indonesia:

Beregu Campuran:Reinard Dhanriano/Rosyita Eka Putri Sari mn Max Weisskirchen/Eva Gerjanssens25-23, 21-14.

Perseorangan Lelaki:Jonatan Christie mn David Peng 21-16 21-16

Perseorangan Wanita:Ruseli Hartawan mn Luise Heim 21-17, 21-18

Beregu Lelaki:Hendrik Clinton Kudamasa/Muhammad Rian Ardianto mn Bjarne Geiss/Daniel Seifert 21-11, 21-15 

Beregu Wanita:Rosyita Eka Putri Sari/Apriani Rahayu mn Luise Heim/Yvonne Li 21-12, 21-12

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan