Badminton: Malaysia Mula Langkah Kanan Rebut Piala Suhadinata

Diterbitkan: Selasa, 8 April 2014 9:48 AM

Chem June Wei beraksi ketika menentang lawan dari Australia, Joe Anthony di Stadium Sultan Abdul Halim, Isnin. Foto:BERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Malaysia membuka tirai Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia BWF 2014 bagi merebut Piala Suhadinata dengan cemerlang apabila mencatatkan dua kemenangan pada perlawanan Kumpulan Z2 di Stadium Badminton Sukan Menanti pada Isnin.  

Malaysia tidak menghadapi masalah untuk melakarkan kemenangan mudah 5-0, masing-masing ke atas Australia dan Uzbekistan. 

Malaysia akan berdepan dengan Zambia dan India pada Selasa. 

Format perlawanan itu membabitkan pusingan 'round-robin' semasa peringkat kumpulan disusuli pusingan kalah-mati. 

Pusingan kalah-mati peringkat kumpulan akan menentukan empat pasukan ke separuh akhir manakala pasukan yang kalah akan bertanding untuk menentukan kedudukan ranking pasukan. 

Sebanyak 30 negara menyertai kejohanan lima hari itu. 

Keputusan:

MALAYSIA mn Australia 5-0

Lelaki: 

Perseorangan: Cheam June Wei mn Anthony Joe (AUS) 21-7, 21-9. 

Beregu: Chua Khek Wei/Ng Di Hua mn Simon Leung/Tang Huaidong (AUS) 21-17, 21-9.

Wanita: 

Perseorangan: Ho Mei Yen mn Joy Lai (AUS) 26-24, 21-12. 

Beregu: Goh Yei Ching/Peck Yen Wei mn Alice Wu/Jennifer Tam (AUS) 21-14, 21-14. 

Beregu Campuran: Ooi Zi Heng/Yap Zhen mn Simon Leung/Khoo Lee-Yen (AUS) 13-21, 21-11, 21-11.

MALAYSIA mn Uzbekistan 5-0

Lelaki: Perseorangan: S.Ramachandran mn Amrullo Bakshulaev (UZB) 21-11, 21-6. 

Beregu: Tan Jinn Hwa/Goh Sze Fe mn Amrullo Bakshulaev/Abdurasul Khodjaev (UZB) 21-11, 21-4.

Wanita: 

Perseorangan: Lee Ying Ying mn Mariya Pakina (UZB) 21-11, 21-4.

Beregu: Yap Zhen/Raja Nurnina Qamarina Raja Azlan Shah mn Mariya Pakina/Anait Khurshudyan (UZB) 21-5, 21-8.

Beregu Campuran: Ammer Amri Zainuddin/Eng Pui Yee mn Abdurasul Khodjaev/Anait Khurshudyan (UZB) 21-2, 21-10.

Tags / Kata Kunci: Badminton , Remaja Dunia , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan