Terbuka India: Chong Wei Mara Ke Final, Jumpa Chen Long

Diterbitkan: Sabtu, 5 April 2014 9:04 PM

Lee Chong Wei.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan final Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka India selepas menewaskan Du Pengyu dari China, 21-17, 19-21, 21-14 pada aksi separuh akhir, malam Sabtu.

Pemain berusia 31 tahun itu mengambil masa selama 1 jam 12 minit untuk menamatkan perlawanan tersebut.

Chong Wei bermula dengan cemerlang apabila memenangi set pertama 21-17 dalam masa 25 minit.

Namun, Pengyu yang juga pemain pilihan ketujuh bangkit dengan memenangi set kedua 21-19 dan memaksa perlawanan diheret ke set ketiga.

Chong Wei bagaimanapun menemui semula rentak permainannya apabila menang set ketiga dengan 21-14.

Terdahulu, Chong Wei menjadi tunggal negara dalam kejohanan tersebut selepas beregu wanita dan campuran terkandas di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Chong Wei, selaku juara bertahan dan pemain pilihan utama kejohanan, tidak berdepan dengan masalah untuk melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan pemain India Kashyap Parupalli 21-15, 21-13 dalam pertarungan selama 40 minit.

Sementara itu, Pengyu melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen 21-11, 22-24, 21-19 dalam saingan selama 68 minit.

Dalam perlawanan separuh akhir berasingan, pemain pilihan kedua, Chen Long menundukkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-15, 21-23, 21-19 dalam masa 1 jam 19 minit.

Keputusan itu bakal mempertemukan Chong Wei dan Chen Long di pusingan final pada Ahad.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan