Chong Wei Jumpa Du Pengyu Separuh Akhir Terbuka India Sabtu

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 11:33 PM

chong wei

Lee Chong Wei (kiri) dan Du Pengyu (kanan).

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Datuk Lee Chong Wei menjadi tunggal negara dalam Kejohanan Badmintion Siri Super Terbuka India selepas beregu wanita dan campuran terkandas di peringkat suku akhir di sini, Jumaat.

Chong Wei, selaku juara bertahan dan pemain pilihan utama kejohanan, tidak berdepan dengan masalah untuk melangkah ke separuh akhir apabila menewaskan pemain India Kashyap Parupalli 21-15, 21-13 dalam pertarungan selama 40 minit.

"Dia adalah lawan yang sukar berbanding pencabar lain sebelum ini. Saya melakukan banyak serangan dan pantas untuk menamatkan perlawanan ini," kata pemain nombor satu dunia itu.

Chong Wei akan menentang pemain pilihan ketujuh, Du Pengyu dari China pada separuh akhir Sabtu.

Pengyu melangkah ke separuh akhir selepas menumpaskan pemain Denmark, Viktor Axelsen 21-11, 22-24, 21-19 dalam saingan selama 68 minit.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki, pemain pilihan kedua, Chen Long dari China akan bertemu dengan pemain Denmark, Jan O Jorgensen.

Sementara itu, hasrat beregu wanita Vivian Hoo/Woon Khe Wei untuk mara ke separuh akhir tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada beregu Korea Selatan, Jung Kyung Eun/Kim Ha Na 9-21, 17-21.

Turut mengalami nasib yang sama adalah beregu campuran negara Chan Peng Soon/Lai Pei Jing yang kalah dalam 'rubber-set' kepada gandingan Korea Selatan,

Ko Sung Hyun/Kim Ha Na 15-21, 21-19, 10-21.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan