Badminton: Malaysia Mahu Jadi 'Top 3' Menjelang 2020

Diterbitkan: Jumaat, 4 April 2014 2:02 PM

Rashid Sidek (kanan) kini menjadi ketua jurulatih untuk bahagian perseorangan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjanji untuk meletakkan badminton Malaysia pada kedudukan tiga paling atas di dunia pada tahun 2020.

Buat masa ini, sasaran yang ditetapkan itu cukup baik selepas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akhirnya bertemu dengan Presiden BAM Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff dan beberapa pihak lain yang terlibat dengan sukan badminton pada Rabu untuk memperjelaskan tentang arah tuju badminton Malaysia.

Khairy telah menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kurangnya bakat dalam ranking dunia dan kegagalan BAM untuk mencari pengganti yang mampu menggantikan pemain No 1 dunia Lee Chong Wei dalam Terbuka Malaysia pada Januari.

Buat masa ini, Khairy menerima matlamat tinggi BAM itu.

Pada masa ini, negara-negara yang berada di hadapan Malaysia adalah China, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, Denmark.

Begitu juga Thailand, India, Jerman dan Singapura yang sedang mara.

"Pemimpin tertinggi BAM datang berjumpa dengan saya semalam dan mereka mengemukakan perancangan strategik mereka. Mereka berharap untuk menjadi tiga negara teratas dalam sukan badminton pada tahun 2020," kata Khairy selepas Majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 Plus pada Khamis.

"Mereka telah meminta bantuan saya untuk membantu membangunkan sukan itu kerana mereka mahu berkerjasama dengan sekolah-sekolah. Saya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan. BAM sedang melihat pelbagai program untuk memperluaskan bakat asas mereka yang saya fikir adalah penting."

Khairy juga telah mempersoalkan tentang kejurulatihan yang telah melalui perubahan demi perubahan.

Selepas tujuh bulan, BAM kini kembali kepada struktur asal mereka yang mempunyai seorang ketua jurulatih untuk bahagian perseorangan dan beregu.

Rashid Sidek mengetuai bahagian perseorangan, manakala BAM masih belum menjumpai seorang pemimpin untuk acara beregu.

"BAM telah meletakkan satu sistem kejurulatihan baru. Mereka juga telah menubuhkan sebuah sistem analisis pemain baru dengan kerjasama Institut Sukan Negara. Buat masa ini, saya gembira dengan apa yang mereka telah bentangkan," katanya.

Mengenai status Chong Wei dalam pasukan kebangsaan, Khairy telah meminta BAM untuk memujuk pemain itu kekal sehingga Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

Chong Wei, 31, yang mengintai pingat emas pertama Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan, pada September ini telah menyuarakan hasratnya untuk bersara pada akhir tahun ini.

Jika Chong Wei meneruskan niatnya tanpa ada pemain berkualiti untuk menerima baton, Malaysia mungkin pulang dari Sukan Rio tanpa sebarang pingat.

Itu adalah sesuatu yang Khairy tidak bersedia untuk menerimanya.
Tags / Kata Kunci: Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan