Terbuka India: 24 Minit Untuk Chong Wei Ke Pusingan Kedua

Diterbitkan: Khamis, 3 April 2014 10:28 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hanya mengambil masa 24 minit untuk membuka kempen mempertahankan gelaran Siri Super Terbuka India di Kompleks Sukan Siri Fort.

Chong Wei, yang meraih dua kejuaraan berturut-turut iaitu Terbuka Malaysia, Januari lepas dan Kejohanan All-England bulan lepas, mengalahkan pemain tuan rumah, K. Ajay Kumar 21-9, 21-9.

Pada pusingan kedua esok, Chong Wei akan menentang seorang lagi pemain tuan rumah, Sourabh Varma yang melepasi halangan pertama dengan mengecewakan pemain Russia, Ivanov Vladimir 21-16, 17-21 dan 21-14.

"Saya mengambil mudah kejohanan ini kerana tidak mahu sebarang kecederaan pada awal musim. Bagaimanapun, saya akan melakukan apa yang terbaik untuk mempertahankan gelaran ini," kata Chong Wei kepada pemberita di sini.

Beliau berkata penyertaan pada Terbuka India ini akan membolehkan beliau melakukan persediaan bagi menghadapi Piala Thomas di sini dari 18 hingga 25 Mei ini.

"Saya mempunyai banyak peminat di sini oleh itu adalah menarik sekali untuk beraksi di Terbuka India," katanya.

Bagaimanapun, pemain perseorangan negara Chong Wei Feng gagal melepasi halangan pertama apabila dikecewakan oleh pemain pilihan kelapan, Sasaki Sho dari Jepun dengan keputusan 21-12, 15-21, 21-19.

Dalam pada itu gandingan Goh V Shem dan Lim Khim Wah merupakan wakil tunggal negara dalam acara beregu lelaki selepas menundukkan beregu India, Manu Attri/R. Sumeeth Reddy dengan 21-19, 21-19.

Beregu negara itu akan berdepan dengan beregu pilihan ketujuh, Ko Sung Hyun/Shin Baek Choel dari Korea Selatan pada pusingan kedua.

Tiga lagi beregu negara tersingkir daripada kejohanan iaitu gandingan Ow Yao Han/Tan Boon Heong yang tewas kepada beregu pilihan kedua, Mathias Boe/Carsten Mogensen dari Denmark dengan 17-21, 14-21.

Hoon Thien How/Tan Wee Kiong pula kalah kepada beregu China, Kang Jun/Liu Cheng 6-21, 18-21 manakala beregu negara Abdul Latif Mohd Zakry/Mohd Tazari Mohd Fairuzizuan memberi kemenangan percuma kepada beregu Jepun, Kamura Takeshi/Sonodo Keigo.

Dalam acara beregu wanita, Vivian Hoo/Woon Khe Wei mara ke pusingan kedua apabila mengalahkan beregu Thailand, Muenwong Phataimas/Ostermeyer Kilasu 21-17, 21-8.

Vivian/Woon akan berdepan dengan satu lagi beregu Thailand, Aroonkesorn Duanganong/ Voravichitchaikul Kunchala pada pusingan kedua esok.

Bagaimanapun satu lagi beregu wanita negara Anscelly Amelia Alicia/Soong Fie Cho gagal meneruskan saingan apabila kalah kepada beregu Korea Selatan Jung Kyung Eun/Kim Ha Na 7-21, 17-21.

Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Lai Pei Jing terpaksa berhempas pulas untuk mengejutkan gandingan pilihan kelapan, Hayakawa Kenichi/Matsutomo Misaki dari Jepun dengan 21-15, 8-21, 23-21.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi gandingan Abdul Khalid Mohd Lufti Zaim/Soong Fie Cho yang tunduk kepada gandingan pilihan keenam, Kido Markis/Bernadeth Pia Zebadiah dari Indonesia dengan 21-17, 21-11.


Tags / Kata Kunci: Chong Wei , India

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan