Badminton: Dubai Jadi Tuan Rumah Siri Super Akhir Dunia

Diterbitkan: Rabu, 2 April 2014 10:28 PM

Dubai

Dubai menjadi tuan rumah Kejohanan Siri Super Akhir Dunia BWF.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dubai telah mengikat perjanjian rakan perkongsian selama empat tahun dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Siri Super Akhir Dunia BWF serta menaja ranking Siri Super Dunia BWF di bawah nama 'Destinasi Dubai'.

Menurut kenyataan BWF pada Rabu, pemain terbaik dunia seperti Datuk Lee Chong Wei (Malaysia), Chen Long (China), Jan Jorgensen (Denmark) dan pemain Thailand, Ratchanok Intanon akan menyertai kejohanan musim penghujung, Siri Super Akhir Dunia Destinasi Dubai, Disember ini.

"Dalam membawa Siri Super Akhir Dunia Destinasi Dubai ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan rantau Timur Tengah buat pertama kali, Dubai akan mempuyai hak penamaan untuk Ranking Destinasi Dubai.

"Ranking ini adalah hasil daripada kutipan mata daripada 12 pusingan Siri Super Dunia BWF MetLife oleh pemain elit yang beraksi sejak Januari," menurut kenyataan tersebut.

Pada tahun ini, tiga kejohanan sudah selesai dengan berbaki sembilan lagi pusingan di Asia, Australia dan Eropah.

Selepas 12 pusingan, lapan pemain perseorangan dan beregu utama dalam lima kategori akan layak ke Siri Super Akhir Dunia di Kompleks Sukan Hamdan, Dubai, Disember ini.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan