Jangan Terlalu Fokus Cari Pengganti Saya - Nicol

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 3:39 PM

Nicol (kanan) menunjuk ajar sekumpulan pemain muda bermain skuasy baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain no.1 dunia, Datuk Nicol David kembali ke pusat latihannya di Amsterdam pada Isnin bagi persiapan kejohanan berprestij, Terbuka British pada 10-18 Mei ini.

Sebelum berangkat, Nicol sempat berkongsi nasihat berkaitan pencarian pemain muda untuk menggantinya. 

Nicol,30, yang menetap di Amsterdam sejak 11 tahun lalu gagal merakam kejuaraan kelapan gelaran dunia selepas tewas kepada pemain Mesir, Nour El Sherbini pada aksi separuh akhir Kejuaraan Wanita Dunia dua minggu lalu.

Bagaimana pun, Nicol tidak memendam perasaan sedihnya yang tewas di Penang, tempat lahirnya itu malah bertegas skuasy Malaysia masih berada di kemuncak atau di landasan yang betul. 

"Saya rasa setakat ini, saat ini ada sedikit perasaan aneh kerana saya tidak pernah terfikir akan berada dalam situasi ini sepanjang karier saya.

"Untuk mencapai kejayaan yang dikecapi setakat ini, ia bukanlah sesuatu yang biasa," jelas juara empat kali Terbuka British ini.

"Secara peribadinya, sepatutnya bukan masa mencari seorang pemain lain untuk mengganti apa yang telah saya lakukan, tetapi memberi pendidikan kepada oran

ramai atau kumpulan yang lebih besar malah ianya bukan hanya untuk sukan skuasy tetapi penekanan hala tuju sesuatu program sukan.

"Saya gembira menjadi penanda aras kepada pemain-pemain junior, dalam apa sahaja jenis sukan dan bagi mereka percaya untuk turut mencapai tahap tertinggi.

"Keadaan ini tidak perlu berlaku kerana apa yang penting, setiap persatuan sukan perlu mencari lebih ramai pemain muda daripada mencari seorang pemain yang boleh menggantikan saya."

Nicol juga turut mengulas mengenai rakan senegara juga dari Penang Low Wee Wern yang kini berada di ranking ke-7 dunia.

"Wee Wern telah mencapai keputusan yang baik, lebih daripada orang lain. Dia mencapai keputusan tertinggi ketika berumur 23 tahun.

"Satu perkembangan yang positif dia semakin dikenali tetapi apa yang lebih penting jangan ada perbandingan di antara kami kerana dia sudah melakukan yang terbaik.

"Ini juga perlu dibuat kepada pemain junior (jangan ada perbandingan)...mereka tidak perlu diberi terlalu tekanan kerana kita tidak mahu memberi had ketika mereka masih muda.

"Lebih baik mereka meletak sasaran sendiri kerana dengan itu sahaja jalan yang boleh membawa mereka pergi lebih jauh," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Skuasy , Nicol David , Low Wee Wern

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan