Djokovic Julang Trofi Terbuka Sony Tewaskan Nadal

Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 2:09 PM

Djokovic menjulang trofi juara kali keempat Terbuka Sony selepas menewaskan Nadal awal pagi Isnin.

(Ubah saiz teks)

BINTANG Serbia, Novak Djokovic menewaskan pemain no.1 dunia Rafael Nadal 6-3 6-3 untuk meraih trofi keempat Terbuka Sony, Miami pada aksi akhir awal pagi Isnin.

Trofi kedua berturut-turut buat pemain di ranking kedua dunia musim ini selepas mengalahkan  Roger Federer pada saingan Terbuka BNP Paribas dua minggu lalu di Indian Wells.

Sementara itu, pemain wanita Serena William turut mengiringi Djokovic di pentas juara selepas menewaskan Li Na aksi akhir.

Williams menang 7-5 6-1, merangkul gelaran ketujuh kejuaraan di Miami ini.

Tags / Kata Kunci: Terbuka Sony , Djokovic , nadal , Miami

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan