Piala Thomas: Indonesia Tidak Tertekan Sebagai Pilihan Utama

Diterbitkan: Rabu, 26 Mac 2014 1:10 PM

Christian Hadinata

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Diletak sebagai pilihan utama pada kejohanan Piala Thomas di New Delhi, Mei depan, skuad badminton Indonesia tidak tertekan dengan ranking mengejut itu.

Sebaliknya, pengurus pasukan Piala Thomas Indonesia, Christian Hadinata berkata China yang muncul juara lima kali berturut-turut pada kejohanan berkenaan sejak 2004, berdepan situasi sukar bagi mempertahan gelaran tersebut.
 
"Pada kejohanan berpasukan, juara bertahan seharusnya lebih terbeban untuk mempertahan gelaran. 


"Dalam hal ini, China merasai tekanan lebih tinggi berbanding Indonesia," katanya seperti yang dipetik dalam laman web Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI), badmintonindonesia.org.

Pada Piala Thomas 2014 yang berlangsung 18 hingga 25 Mei, Indonesia diletakkan sebagai pilihan pertama diikuti China, Malaysia, Jepun dan Denmark.

Christian yang beraksi pada enam kempen Piala Thomas bersama Indonesia dan menang empat kali, berkata PBSI akan mengumumkan senarai terakhir pemain Piala Thomas dan Piala Uber Indonesia, minggu ini.

Beliau berkata kesemua pemain yang dipilih itu akan menjalani latihan intensif sebelum berlepas ke New Delhi pada 13 Mei.

Sejak Piala Thomas diperkenal pada 1949, rekod pencapaian Indonesia adalah  terbaik dengan meraih 13 gelaran, diikuti China yang menjuarainya sebanyak sembilan kali.

Kali terakhir Indonesia menjuarai Piala Thomas ialah pada 2002 di Guangzhou, China. Selepas itu, China menguasai Piala Thomas dengan muncul juara lima kali berturut-turut pada 2004, 2006, 2008, 2010, dan 2012.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan