Tenis: Del Potro Bakal Jalani Pembedahan Pergelangan Tangan

Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 12:45 PM

Juan Martin del Potro

(Ubah saiz teks)

JUAN Martin del Potro mengesahkan akan membuat pembedahan di pergelangan tangan kirinya, sekaligus menyaksikan dia terpaksa berehat sepanjang musim ini.

Pemain dunia no.8 dari Argentina ini berdepan dengan gangguan kecederaan selepas turut membuat pembedahan di pergelangan tangan kananya pada tahun 2010.

Dia mengumumkan penarikan diri daripada beraksi pada Terbuka Sony di laman facebook miliknya minggu lalu.

"Berdasarkan ujian pemeriksaan yang dibuat hari ini (Isnin), doktor saya Richard Berger memutuskan untuk membuat pembedahan di pergelangan tangan kiri.

"Sudah tentu ia bukan pilihan mudah atau yang menggembirakan dalam karier saya.

"Saya sudah berpengalaman dalam situasi ini dan sedar betapa sukarnya terkeluar daripada jelajah perlawanan, perlu mempunyai semangat untuk kembali beraksi merebut kedudukan terbaik," jelas pemain berusia 25 tahun ini.

Juara Terbuka Amerika Syarikat 2009 itu memulakan musim ini dengan menjuarai gelaran ke-18 di Sydney, namun sejak itu keputusan tidak berpihak kepadanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan