Misbun Ramdan, Zulfadli Gagal Hadir Pemilihan Piala Thomas

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 10:10 AM

Misbun Ramdan gagal sertai sesi pemilihan kedua ke Piala Thomas kerana tidak sihat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peluang kedua menghadiri sesi pemilihan untuk ke Piala Thomas 2014 di Stadium Bukit Kiara pada Jumaat gagal dimanfaatkan Misbun Ramdan Misbun dan Zulfadli Zulkifli.

Kedua-dua pemain itu tidak hadir ke sesi pemilihan kedua itu, namun mereka dilihat hadir ke stadium menghantar sijil sakit kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pada sesi latihan pertama (Khamis) Misbun Ramdan tidak dapat hadir kerana baharu sahaja pulang dari Romania manakala Zulfadli dilaporkan tidak sihat.

Pengurus Besar BAM, Kenny Goh berkata, keputusan mengenai siapa yang bakal mengisi slot terakhir ke Piala Thomas masih belum diketahui.

Katanya, masih terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan mengenai perkara ini.

Bagaimanapun bayangan pemain perseorangan bagi mengiringi Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng dan Liew Daren kini tertumpu kepada pemain pelapis negara, Goh Soon Huat.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Tan Chun Seang pada sesi pemilihan kedua (Jumaat).

Jelas Soon Huat, dia telah memberikan yang terbaik pada sesi pemilihan ini dan kini terserah kepada jurulatih.

Piala Thomas Akhir akan berlangsung di New Delhi pada 18-25 Mei ini.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan