Terbuka Sony: Li Na Mudah Ke Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 11:57 AM

Li Na mudah mara ke pusingan ketiga Terbuka Sony.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN no.2 dunia, Li Na mara ke pusingan ketiga Terbuka Sony tanpa berpeluh selepas lawannya dari Russia Alisa Kleybanova menarik diri kerana jangkitan virus. 

Juara Terbuka Australia dari China ini turut mendapat 'bye' pada pusingan pertama sekaligus menjadikan dia belum menguji raketnya lagi.

Dalam pada itu, saingan dilihat semakin sengit apabila nama-nama besar mula beraksi mempamerkan kekuatan masing-masing dimulai dengan juara 17 kali grand slam Roger Federer, pemain no.2 dunia  Novak Djokovic, juara tiga kali kejohanan ini Venus Williams dan juara bertahan Andy Murray.


Tags / Kata Kunci: tenis , Terbuka Sorny , Miami , Li Na , China

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan