Misbun Tolak Tawaran BAM Untuk Kembali Sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 7:50 AM

Bekas ketua jurulatih kebangsaan Misbun Sidek dan anak didiknya Lee Chong Wei

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan yang Datuk Misbun Sidek secara rasminya telah menolak tawaran mereka untuk menjadi ketua jurulatih kebangsaan yang baru.

Sehubungan dengan itu, BAM terpaksa kembali ke pelan asal mereka iaitu dengan mengekalkan sistem yang sedia ada sekarang dengan setiap jabatan mempunyai seorang ketua jurulatih.

Presiden BAM, Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff berkata, dengan keputusan Misbun untuk menolak tawaran menjadi ketua jurulatih kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif telah menamakan jurulatih sekarang yang juga adik Misbun, Rashid, kekal sebagai ketua jurulatih perseorangan negara berkuasa pada Khamis (20 Mac).

Bagaimanapun BAM masih belum menamakan ketua jurulatih untuk skuad beregu negara.

Ditanya bagaimana dengan Yap Kim Hock, yang menghadiri temuduga dengan BAM minggu lalu, Tengku Mahaleel berkata: “Pihak exco tidak membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan Kim Hock. Dia hanya menjalani proses biasa dan sebuah jawatankuasa lain akan menentukan keputusan mengenai perkara itu kemudian.”

Tengku Mahaleel mengakui yang keputusan Misbun untuk menolak tawaran mereka telah memaksa badan induk badminton Malaysia itu  melihat semula sebahagian daripada rancangan kejurulatihan kebangsaan.

“BAM mengirim surat tawaran kepada Misbun dan beliau menjawab dengan berkata yang beliau tidak dapat menerima tawaran itu atas alasan peribadi. Ini memaksa kami untuk kembali ke pelan B iaitu dengan mengekalkan dua ketua jurulatih untuk setiap jabatan sepertimana dulu," kata Tengku Mahaleel.

Dalam pada itu Tengku Mahaleel juga memberitahu, BAM melihat kekurangan disiplin sebagai salah satu punca utama mengapa Malaysia tidak dapat melahirkan jaguh dunia sepertimana Lee Chong Wei.

“Era emas kita ialah ketika kita mempunyai ramai jurulatih dari China iaitu antara tahun 1988-1996. Salah satu pegangan utama jurulatih ini ialah disiplin dan saya terpaksa mengakui yang kita kekurangan disiplin dan kita akan cuba mencari jalan bagaimana untuk mengatasinya," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria berkata yang pusat badminton serba canggih yang baru akan siap sepenuhnya dalam tempoh 18 bulan lagi selepas beberapa kali pembinaannya tergendala.

“Pusat bertaraf dunia berhampiran Stadium Juara ini dapat memuatkan 200 pemain,” kata Norza.

Buat masa ini semua pemain remaja BAM yang berpusat di Sekolah Sukan Bukit Jalil bukanlah pelatih sepenuh masa.

Ini menjadi punca kenapa pemain remaja kebangsaan jauh ketinggalan di belakang rakan-rakan seangkatan mereka dari China, Jepun dan Korea Selatan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan