Skuasy: Wee Wern Lepasi Halangan Pertama

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 10:34 AM

Wee Wern (kiri) ketika beraksi menentang Urquhart pada Rabu malam. Foto: CHAN BOON KAI/THE STAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pemain nombor dua negara Low Wee Wern melepasi halangan pertama dalam misi memburu slot suku akhir Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 apabila mengalahkan Donna Urquhart pada Rabu.

Wee Wern, pemain pilihan keenam, terpaksa bekerja keras untuk mengetepikan cabaran pemain bukan pilihan dari Australia  itu dengan keputus 11-7, 11-6 dan
11-8 di Arena sPICE di sini.

"Saya gembira untuk memenangi perlawanan ini kerana Donna bukan lawan yang mudah pada pusingan pertama selepas pernah kalah beberapa kali dengannya sebelum ini," kata anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Pada pusingan kedua nanti, Wee Wern akan bertemu dengan pemain bukan pilihan Samantha Cornett dari Kanada yang mengejutkan pemain pilihan ke-16 Line Hansen dari Denmark dengan keputusan 11-5, 11-7 dan 11-7.


"Perjalanan ke final masih jauh dan sekiranya dapat melepasi perlawanan Khamis, saya akan berdepan dengan cabaran paling getir apabila menentang pemain
nombor dua dunia Laura Massaro," kata Wee Wern.

Sementara itu, pemain amatur negara Vanessa Raj, yang beraksi atas tiket 'wildcard', terpaksa akur dengan kehebatan Laura apabila tunduk 7-11, 4-11 dan
1-11.

Pemain England itu mara ke pusingan kedua dan akan menentang pemain pilihan kesembilan, Jenny Duncalf dari England.

Jenny sebelum itu membuka kempen dengan mengalahkan pemain New Zealand, Megan Craig dengan straight set 11-8, 11-4 dan 11-3.

Juara kejohanan ini akan menerima hadiah wang tunai US$120,000 (RM393,559).

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan