Piala Thomas: Ramdan Misbun Pilihan Terbaik - Chong Wei

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 5:11 PM

Ramdan Misbun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Misbun Ramdan Misbun dilihat sebagai calon pilihan terbaik untuk mengisi kekosongan slot perseorangan lelaki Piala Thomas negara, kata pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei.

Beliau berkata pandangan tersebut berdasarkan kedudukan Ramdan sebagai pemain perseorangan lelaki nombor empat negara dan 48 dunia.

"Ramdan merupakan salah seorang pemain yang mempamerkan prestasi cemerlang dan konsisten sepanjang tahun lalu sehingga kini. Kita kena ikut kedudukan dunianya dan juga keputusannya sepanjang tahun lepas.

"Tapi macam mana pun, pemilihan untuk mengisi slot berkenaan bergantung kepada pihak Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Mereka yang akan buat keputusan, mungkin esok atau pun minggu depan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampian insentif sempena pencapaian cemerlang atlet Kejohanan Badminton Maybank Terbuka Malaysia 2013 dan Sukan SEA, Myanmar tahun lepas.

Chong Wei menerima insentif berjumlah RM25,000 bagi kejohanan BWF Super Series Masters Finals 2013, RM25,000 untuk kejohanan All-England Super Series Primier 2014 dan insentif sebanyak RM30,000 bagi Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014.

Manakala beregu lelaki negara, Lim Khim Wah-Goh V Shem menerima insentif sebanyak RM25,000 bagi Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 dan beregu wanita negara, Woon Khe Wei-Vivian Hoo Kah Mun menerima RM28,000 sempena prestasi cemerlang pada Sukan SEA.

Insentif berkenaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Maybank Mohamed Adam Wee Abdullah.

Chong Wei berkata mereka perlu memiliki semangat berpasukan untuk berjuang sebaik mungkin sekurang-kurangnya sehingga saingan suku akhir Piala Thomas walaupun bakal menerima saingan sengit dari pasukan China.

Antara pemain yang berpotensi mewakili negara ke Piala Thomas di New Delhi, India dari 18 hingga 25 Mei ini ialah Chong Wei, Chong Wei Feng (ranking dunia nombor 14) dan Liew Daren (ranking dunia nombor 40).

Sementara itu, Vivian Hoo berkata pemberian insentif berkenaan merupakan satu motivasi kepada para pemain dan pencapaiannya meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA merupakan satu kemenangan yang tidak dapat dilupakan.

"Ia memori yang bagus buat saya, tapi itu sudah lepas. Itu kemenangan pada tahun lepas. Sekarang saya mahu fokus untuk tahun ini seperti Sukan Komanwel dan Piala Uber," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ramdan Misbun , Lee Chong Wei , Piala Thomas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan