Andy Murray Berpisah Dengan Jurulatihnya Ivan Lendl Selepas 2 Tahun Bersama - Raket | mStar

Andy Murray Berpisah Dengan Jurulatihnya Ivan Lendl Selepas 2 Tahun Bersama

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 1:31 AM

Andy Murray dan jurulatihnya Ivan Lendl

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tenis nombor satu Britain, Andy Murray mengumumkan yang dia dan jurulatihnya Ivan Lendl telah bersetuju untuk berpisah selepas dua tahun bekerjasama sebagai satu pasukan.

Tidak diketahui apakah punca perpisahan mereka tetapi menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan Murray, kedua-dua mereka bersetuju secara bersama untuk menamatkan kerjasama yang menyaksikan Murray memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2012 dan dua kejohanan Grand Slams, termasuk Wimbledon tahun lalu.

Namun sejak kembali dari pembedahan belakang September lalu, Murray mendapati dia terpaksa bertungkus lumus untuk mendapatkan kembali kecergasannya seperti mana sebelum ini.

Murray kini berada di Miami sebagai persediaan mempertahankan kejuaraannya di Terbuka Sony.

Lendl dalam kenyataannya berkata: "Menjadi jurulatih Andy untuk tempoh dua tahun adalah saat yang sangat menakjubkan untuk saya. Ini kerana beliau adalah seorang pemain kelas pertama.Tetapi setelah dapat membantunya mencapai impiannya dengan memenangi gelaran kejuaraan utama dunia saya rasa sudah tiba masanya untuk saya menumpukan perhatian kembali kepada beberapa projek saya sendiri yang selama ini tertangguh."

Antaranya kata Lendl ialah untuk kembali bermain dalam sirkit pertunjukan di seluruh dunia yang mana menurut bekas juara Grand Slam itu sesuatu yang dia suka lakukan.

Tetapi kata Lendl, dia akan sentiasa mengikuti perkembangan karier Murray di mana sahaja dia berada.

Di samping mengendalikan klinik kejurulatihannya, Lendl juga mempunyai akademi tenisnya sendiri untuk pemain-pemain remaja di Carolina Selatan, Amerika Syarikat.

Murray pula berkata; "Saya sangat terhutang budi kepada Ivan di atas segala kerja kerasnya selama ini dan dalam tempoh dua tahun dia menjadi jurulatih saya adalah tempoh yang paling berjaya dalam karier tenis saya."

Menurut Murray, dia akan duduk berbincang dengan pasukannya mengenai masa depan mereka dan langkah yang perlu diambil selepas ini.



   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan