Djokovic Rangkul Trofi Pertama 2014 - Raket | mStar

Djokovic Rangkul Trofi Pertama 2014

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 5:10 PM

Djokovic meraih trofi pertama tahun ini di California.

(Ubah saiz teks)

NOVAK Djokovic merangkul gelaran pertama tahun ini selepas mengetepikan musuh lamanya Roger Federer pada aksi akhir Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Ahad lalu.

Pemain Serbia itu mencatat kemenangan 3-6 6-3 7-6(3) ke atas Federer.

"Satu perlawanan yang luar biasa. Malah aksi sukar kerana Roger beraksi dengan baik dan saya sentiasa teruja bertemu dengannya," jelas Djokovic.

Kemenangan ini merupakan rekod ketiga di California, dan merangkul 42 gelaran keseluruhannya.

Manakala ini adalah kekalahan pertama Federer selepas meraih emapt kali gelaran pada kejohanan ini.

"Secara peribadinya saya gembira kerana prestasi saya semakin baik.

"Sudah tentu saya dahagakan banyak kejayaan dan mengutip mata tetapi Novak buatkan saya lebih sukar, jadi tahniah kepadanya," jelas Federer.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan