Status Pemain Beregu No.1 Negara Milik Wee Kiong-Thien How

Diterbitkan: Isnin, 17 Mac 2014 1:20 PM

(Ubah saiz teks)

HANYA dua tahun yang lalu pemain bergu negara, Tan Wee Kiong-Hoon Thien How berada dalam pasukan simpanan tetapi mulai minggu lalu pasangan ini harus menerima hakikat yang mereka kini adalah pemain nombor satu negara mengantikan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang sudah pun berpisah dan berpecah membawa haluan masing-masing.

Status terbaru itu juga memberi motivasi kepada mereka yang akan beraksi buat pertama kalinya dalam pusingan akhir Piala Thomas yang bakal berlangsung di New Delhi pertengahan Mei depan. 

Pasangan Kein Keat-Boon Heong menduduki takhta nombor satu kebangsaan selama lapan tahun berturut-turut tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa pun. 

Kini selepas mereka berpecah tiba giliran Wee kiong-Thien How untuk mengalas cabaran tersebut. 

Dengan status tersebut juga, Wee kiong-Thien How akan turun sebagai pilihan pertama Malaysia dalam persaingan Piala Thomas nanti. 

Juara bergu Terbuka Malaysia, Lim Khim Wah-Goh V. Shem akan turun sebagai pasangan kedua negara.

Wee Kiong, 24, berkata, ketika Piala Thomas yang terakhir dua tahun lalu di Wuhan, China, dia adalah pemain simpanan sahaja tetapi kini akan diturunkan sebagai bergu utama negara. 

Pasangan Wee kiong-Thien How berjaya sampai ke peringkat suku akhir Kejohanan All-England tahun ini, tumpas kepada pasangan Indonesia, Markis Kido-Gideon Markus Fernaldi. 

Wee kiong-Thien How berpeluang untuk menebus kesilapan mereka pada All-England apabila mereka turun di GP Emas Terbuka Malaysia di Pasir Gudang Johor mulai 20-25 Mac ini. 

Sebagai pemain nombor lapan dunia, mereka diberi status pilihan pertama pada kejohanan itu nanti.


iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan