BAM Perlu Masa Cari Pengarah Kejurulatihan

Diterbitkan: Isnin, 10 Mac 2014 3:30 PM

Norza Zakaria

(Ubah saiz teks)

BIRMINGHAM: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak tergesa-gesa untuk melantik pengarah atau ketua  jurulatih negara hanya semata-mata mahu mengisi kekosongan tersebut.

Dengan keadaan sekarang yang hanya bergantung kepada pemain no.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, sepatutnya perkara itu perlu dilakukan dengan segera demi masa depan badminton negara.

Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Misbun Sidek yang meninggalkan BAM pada tahun 2011 menjadi pilihan agar beliau kembali ke persatuan ini.

Namun Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria berkata, walaupun penting untuk mencari 'supremo' yang bertanggungjawab, mereka tidak tergesa-gesa menamakan calon-calon  bagi mengisi jawatan ini.

"Misbun merupakan salah satu calon yang disenarai pendek, tetapi ia tidak bermakna itu calon yang terbaik," jelas Norza.

"Beliau merupakan pilihan 'semulajadi' kerana pernah berada di persatuan ini dan juga telah membawa Chong Wei di peringkat tertinggi.

"Saya tahu beliau juga berada di sini, tetapi belum berjumpa dengannya untuk berbincang kemungkinan untuk kembali ke BAM.

"Kami juga turut melihat calon-calon lain seperti Morten Forest, beberapa jurulatih dari China serta beberapa bekas pemain kebangsaan bagi memikul tanggungjawab ini.

"Pada dasarnya, kami tidak mahu membawa seseorang itu hanya untuk mengisi jawatan tersebut. Bukan rahsia lagi kami memerlukan pengarah kejurulatihan dari negara lain seperti Jepun, Korea Selatan dan Indonesia yang turut menjadi perhatian, begitu juga China...dan kami masih buntu pada tahap ini tanpa banyak perubahan.

"Tetapi sesiapa sahaja yang kami bawa masuk perlulah mempunyai kualiti kepimpinan, menghormati pemain, menanamkan sikap disiplin serta mencipta sifat 'lapar' terhadap kemenangan dalam setiap perlawanan.

"Terima hakikat. Selain Chong Wei, tiada mana-mana pemain dalam pasukan kebangsaan sekarang yang mempunyai sikap lapar untuk menang.

"Sebagaimana yang kita tekankan, setiap pengarah yang dipilih itu juga perlu memahami budaya dan latar belakang badminton negara kita."

Norza menambah, BAM akan memberi kuasa sepenuhnya kepada jurulatih baharu itu tanpa sebarang gangguan.

"Sesiapa yang kita membawa masuk , kita perlu mempercayai beliau untuk mengubah keadaan. 

"Dia tidak akan diganggu dalam tugasnya untuk melatih atau mengenalpasti bakat-bakat pemain," katanya.

"KPI bagi tugas ini adalah sangat mudah. Perlu ada perubahan dari masa ke semasa kerana kami mahu melahirkan pemain Malaysia yang berkualiti.

"Tiada tarikh akhir bagi perlantikan ini. Sudah tentu, lebih cepat lebih baik daripada lambat," tambah Norza.


Tags / Kata Kunci: bam , Norza

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan