Chong Wei Tempah Tiket Ke Pusingan Akhir All England

Diterbitkan: Ahad, 9 Mac 2014 2:01 PM

Chong Wei bakal bertemu juara bertahan Chen Long dari China pada aksi akhir nanti.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei terpaksa bekerja keras untuk meneruskan cabaran ke pusingan akhir Kejohanan Badminton All England 2014 di National Indoor Arena, Birmingham, England.

Pada perlawanan separuh akhir pada Sabtu, Chong Wei menerima tamparan awal apabila tewas pada set pertama 14-21 kepada pemain bukan pilihan Son Wan Ho dari Korea Selatan sebelum bangkit pada set kedua 21-19.

Chong Wei turun selaku pemain pilihan utama meraih kemenangan 21-15 pada set ketiga dalam perlawanan yang berlangsung selama 1 jam 11 minit, menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport.

Menanti Chong Wei pada final pada Ahad ialah juara bertahan Chen Long dari China selepas menyingkirkan rakan sepasukannya Wang Zheming, 21-17 dan 21-14 dalam satu lagi perlawanan.

Chong Wei merangkul kejuaraan All England pada 2010 dan 2011 kemudian Lin Dan dari China merampas kejuaraan itu pada 2012.

Tags / Kata Kunci: Chong Wei , badminton , all england , 2014

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan