All England: Chong Wei Dan Pemain Beregu Mara Ke Suku Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 7 Mac 2014 4:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei serta beregu lelaki negara Hoon Tien How dan Tan Wee Kiong mara ke suku akhir Kejohanan Badminton All England 2014 yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham,England.

Chong Wei mudah menyingkirkan rakan sepasukan Chong Wei Feng dengan straight set 21-6 dan 21-12 dalam masa 35 minit pada perlawanan kedua awal pagi Jumaat waktu Malaysia.

Pemain nombor satu dunia itu akan bertemu pemain muda Kento Momota dari Jepun yang mengetepikan cabaran pemain tuan rumah Rajiv Ouseph 21-15 dan 21-10dalam satu lagi perlawanan, demikian menurut laman sesawang www.bwfbadminton.org//sport.

Pasangan Tien How dan Wee Kiong pula terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan beregu Jepun Hirokatsu Hashimoto dan Noriyasu Hirata dengan 25-23, 20-22 dan 21-14 dalam masa 69 minit.

Beregu nombor lapan dunia itu akan berdepan pasangan Gideon Markus Fernaldi dan Markis Kido dari Indonesia yang menewaskan beregu pilihan ketiga kejohanan, Mathias Boe dan Carsten Mogensen dari Denmark dengan 21-18 dan 21-12.

Beregu wanita negara Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei pula kandas di pusingan kedua di tangan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo dan Ayaka Takahashi dengan 21-15 dan dan 21-11.

Tags / Kata Kunci: Badminton , chong wei , all england

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan