All England: Beregu Campuran Indonesia Sasar Gelaran Juara Kali Ke-3

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 11:34 AM

Pasangan beregu Indonesia,Liliyana Natsir (kanan) dan Tontowi Ahmad.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Pemain beregu campuran Indonesia Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir sudah bersedia untuk mempertahankan gelaran juara dan sekali gus mencatat kemenangan kali ketiga berturut-tuurt dalam kejohanan badminton tertua di dunia, All England, dari 4 hingga 9 Mac di National Indoor Arena, Birmingham. 

Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) berkata semua persiapan berjalan lancar untuk barisan pemainnya termasuk Tontowi dan Liliyana, yang menjuarai All England dua kali sebelaum ini. 

"Sasaran peribadi saya untuk kejohanan ini ialah mencatat hat-trick. Walaupun berat cabarannya, namun kami bersedia untuk menghadapinya. Kami hanya mahu menikmati keseronokan daripada setiap perlawanan dan bermain tanpa tekanan," kata Liliyana seperti yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris 'Jakarta Globe'. 

Sekiranya menjadi juara, pasangan ini akan muncul sebagai pasangan beregu kedua yang meraih kemenangan tiga tahun berturut-turut, selepas pasangan Korea Selatan Park Joo-bong dan Chung Myung-hee (1989, 1990 and 1991). 

Liliyana, yang dinobatkan sebagai juara dunia tahun lepas bersama Tontowi, berkata tekanan yang pikulnya bersama Tontowi dalam kejohanan All England kali ini kurang berat kerana pasangan senegara, Hendra Setiawan/Mohammad Ahsan, yang juga juara dunia bertahan, turut berkongsi tekanan untuk membawa pulang gelaran juara. 

"Ini bererti kami akan berkongsi memikul bebanan dan tekanan itu dengan Ahsan dan Hendra. Bagaimanpun, secara peribadi, saya belum berpuas hati. Saya sentiasa dahagakan lebih banyak kemenangan," katanya. 

Menurutnya pasangan China Zhang Nan/Zhao Yunlei dan Ma Jin/Xu Chen, di samping pemain beregu Denmark Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen merupakan pencabar utama mereka dalam acara beregu campuran. 

"Pasukan lain yang mungkin memberi ancaman kepada kami termasuk Chan Peng Soon dan Lai Pei Jing dari Malaysia," katanya. 

Tontowi pula menyuarakan keazaman untuk mempamerkan prestasi lebih baik pada tahun ini. 

"Jika semuanya berjalan lancar, kami mungkin berdepan dengan pasangan Denmark pada separuh akhir. Persiapan yang dibuat memang hebat. Kini tibalah masanya untuk menghadapi cabaran sebenar pula. Pasangan saya sentiasa menjadi inspirasi kepada saya untuk berjaya," katanya. 

Sementara itu, Hendra berkata beliau tidak nampak sebarang sebab pasukan beregu lelaki Indonesia akan pulang tanpa gelaran juara All England. 

"Saya telah menjuarai Kejohanan Dunia dan menang pingat emas sukan Olimpik. Pencapaian ini tidak akan lengkap tanpa gelaran juara All England," katanya. 

Hendra dan Ahsan kalah di peringkat separuh akhir tahun lepas kepada pasangan yang akhirnya menjadi juara, Liu Xiaolong dan Qiu Zihan dari China. 

Bagi acara perseorangan lelaki pula, Tommy Sugiarto akan mengetuai cabaran Indonesia, yang disertai empat pemain lain, termasuk pemain veteran Sony Dwi Kuncoro dan pemain baharu Wisnu Yuli Prasetyo, manakala PBSI akan hanya menghantar dua pemain perseorangan wanita ke kejohanan itu - Linda Wenifanetri dan Bellaetrix Manuputty.

Tags / Kata Kunci: Badminton , campuran , indonesia

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan