BAM Sifatkan Pengunduran Kien Keat Kehilangan Besar

Diterbitkan: Isnin, 3 Mac 2014 11:13 AM

Koo Kiet sah meninggalkan BAM.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyifatkan pengunduran pemain beregu lelaki nombor satu negara Koo KienKeat daripada badan induk sukan badminton itu sebagai satu kehilangan besar kepada sukan badminton negara.

Namun Timbalan Presiden BAM Datuk Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya menerima dan menghormati keputusan Kien Keat.

"Setelah berbincang dengan beberapa ahli majlis tertinggi BAM hari ini, kami menerima keputusan Koo yang mahu keluar dari BAM. Koo adalah juara, gandingan beliau bersama Tan Boon Heong banyak memberi kejayaan besar buat negara.

"Kami juga beritahu beliau, pihak BAM berbesar hati untuk menerimanyakembali sekiranya beliau mahu beraksi ataupun menjadi mentor kepada generasi baharu pada masa akan datang.

"Prestasi seorang atlet ada turun dan naik, kami di BAM sedih untuk melepaskan beliau tetapi kita rasa ini merupakan perkara terbaik buat beliau dan BAM sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang media di Stadium Juara, Bukit Kiara, Jumaat.

Kien Keat memulakan karier profesionalnya pada usia 17 tahun dan beraksi dalam saingan Piala Thomas 2004 bersama Chan Chong Ming dan mereka berdua turut meraih pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2005.

Pemain berusia 29 tahun ini mula bergandingan dengan Boon Heong pada 2006 dengan pelbagai kejayaan diraih mereka termasuk menduduki ranking pertama duniapada 2010.

Antara pencapaian tertinggi mereka ialah memenangi pingat emas Sukan Asia2006 di Doha, menjuarai Terbuka Malaysia 2007 dan All England juga pada 2007.

Dalam pada itu Mohamad Norza berkata pihak kejurulatihan perlu segera mencari penganti Kien Keat untuk persediaan beberapa kejohanan besar tahun ini termasuk Piala Thomas dari 18 hingga 25 Mei depan di New Delhi, India.

Sementara itu Kien Keat berkata keputusannya mengundur diri daripada BAM adalah tepat pada masanya dan berharap Boon Heong akan meneruskan kejayaan besar selepas ini bersama pasangan baharu.

"Keputusan tinggalkan BAM bukan kerana saya tidak berpuas hati dengan mana-mana pihak, tetapi terlalu banyak kritikan yang diterima dan saya tidak mahu sehingga ia menjejaskan keluarga saya.

"Saya juga berasa sedih untuk tinggalkan Tan (Boon Heong), kami berganding lebih tujuh tahun, kami bersama-sama mengharungi kemenangan dan kekalahan. Walaupun sukar untuk membuat keputusan ini tetapi saya terpaksa, Tan masih muda dan mempunyai banyak masa lagi untuk meraih kejayaan," katanya.

Kien Keat yang bakal menerima cahaya mata sulung tidak lama lagi berkata beliau belum berhasrat untuk bersara daripada sukan badminton buat masa ini.

"Untuk menjadi juara adalah mudah tetapi untuk kekal sebagai juara adalahsukar. Jadi semua pemain perlu mencontohi Datuk Lee Chong Wei, lihat bagaimanabeliau kekal kompetatif sehingga hari ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: BAM , Kienkeat , badminton

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan