Skuasy: Penyertaan Makin Meningkat Pada Terbuka KL

Diterbitkan: Rabu, 27 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penampilan ke-7 Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Terbuka Kuala Lumpur REDtone menyaksikan peningkatan penyertaan pada edisi tahun ini dengan 557 pemain keseluruhan dari sepuluh negara.

Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Datuk Syed Mustaffa Syed Ali berkata, satu peningkatan yang memberangsangkan dengan berjaya menarik peserta dari negara luar.

"Tahniah buat Kuala Lumpur dengan promosi yang baik sekaligus menarik minat peserta-peserta luar negara. Ia membuktikan bahawa kejohanan ini merupakan satu saingan yang menarik dan dalam masa sama peluang mereka untuk meraih mata di peringkat Asia," jelasnya kepada media selepas majlis pelancaran kejohanan ini, Rabu.

Seramai 485 peserta lelaki dan perempuan dari Malaysia, manakala selebihnya adalah dari Singapura, Hong Kong, Jepun, Korea, India, Pakistan , Iran , Bahrain dan New Zealand.

Semua peserta dibahagikan dalam kategori Bawah 9, 11, 13, 15, 17 dan 19 Tahun yang mana akan berlangsung pada 10-15 Disember ini di Pusat Skuasy National Jalan Duta (bawah 9,11,13 dan 15) manakala Pusat Skuasy National Bukit Jalil bagi Bawah 17 dan 19 Tahun.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan REDtone, Lau Bik Soon berkata, selaku penaja utama buat kali kedua kejohanan ini pihaknya mengharapkan pemain-pemain tempatan mampu bersaing dengan peserta dari luar negara dengan lebih baik.

"Komitmen kami terhadap sukan skuasy ini diteruskan bagi membantu mencari pemain remaja untuk diketengahkan ke peringkat yang tertinggi," jelasnya.

Sebagai rekod, pada saingan tahun lalu seramai 430 peserta Malaysia menyertai kejohanan ini manakala penyertaan dari Papua New Guinea antara yang menjadi tarikan.

Kejohanan ini juga merupakan acara penutup kepada kejohanan Super Siri Remaja Asia.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan