Tiga Pemain Program Tunas Juara Bakti Sertai Kem Latihan Di Jepun

Diterbitkan: Ahad, 24 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiga pemain badminton remaja daripada program Tunas Juara Bakti merupakan antara 30 pemain terpilih menyertai kem latihan selama 12 hari di Tokyo, Jepun, bermula 7 Disember ini.

Jurulatih Program Tunas Juara Bakti Seow Cheng Ping berkata tiga pelatih tersebut ialah Wong Cheng Yang, Leong Jun Kai dan Erica Hoh, masing-masing berusia 12 tahun.

"Tiga pelajar kita yang terpilih ini berjaya melepasi saringan pemilihan yang dihadiri lebih 1,000 pemain di seluruh Malaysia.

"Semasa sesi pemilihan, mereka perlu melepasi dua peringkat saringan untuk layak menyertai program kem latihan di Jepun anjuran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Astro," katanya kepada pemberita pada Kejohanan Terbuka Remaja Bakti kali kelapan, di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur, Ahad.

Tunas Juara Bakti merupakan program di bawah Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti).

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) hadir menyempurnakan majlis penutup serta menyampaikan hadiah pada kejohanan tersebut.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pentadbir Bangunan Bakti Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Seramai 1,810 peserta daripada peringkat umur 8-17 tahun menyertai kejohanan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan