Terbuka Hong Kong: Chong Wei Hampiri Gelaran Hatrik - Raket | mStar

Terbuka Hong Kong: Chong Wei Hampiri Gelaran Hatrik

Diterbitkan: Sabtu, 23 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran hatrik Terbuka Hong Kong apabila melepasi peringkat separuh akhir di Coliseum Hong Kong, Sabtu.

Chong Wei, 31, hanya mengambil masa 34 minit untuk ke pentas final selepas dengan mudah mengatasi pemain Thailand, Boonsak Ponsana 21-12, 21-7, sekali gus melebarkan rekod kemenangan kepada 20 daripada 22 pertemuan dengan pemain itu.

Pemain nombor satu dunia itu, yang menjuarai kejohanan itu dua kali berturut-turut pada 2009 dan 2010, akan menentang pemain Indonesia, Sony Dwi Kuncoro pada final esok.

Pada pertemuan separuh akhir, Sony, 29, mengalahkan rakan senegara dan pemain pilihan kelima, Tommy Sugiarto, yang menarik diri akibat kecederaan selepas ketinggalan 8-3 pada set kedua.

Sony menang set pertama dengan keputusan 21-14.

Untuk rekod, pertemuan antara Chong Wei dan Sony merupakan kali ke-14 dengan Chong Wei menang lapan kali dengan kali terakhir pada Terbuka Malaysia tahun ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan