Terbuka Hong Kong: Chong Wei Wakil Tunggal Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 22 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir selepas mengalahkan pemain Denmark, Jan O Jorgensen pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.

Pada pusingan suku akhir hari ini, pemain nombor satu dunia itu mengalahkan Jorgensen, yang juga pemain pilihan keenam kejohanan, 21-8 dan 21-17 dalam masa 34 minit di gelanggang Hong Kong Coliseum.

Chong Wei akan menentang pemain veteran Thailand Boonsak Ponsana pada pusingan separuh akhir esok, demikian menurut laman web http://bwfbadminton.org/.

Boonsak mengambil masa 42 minit untuk melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan pemain Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-17, 21-16.

Sementara itu, beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying gagal meneruskan saingan ke peringkat separuh akhir apabila tewas di tangan beregu England, Chris Adcock/Gabrielle White, 18-21, 12-21. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan